Sri Lanka ataupun nama asalnya, Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan. Ketika artikel ini ditulis, hampir dua puluh dua (22) juta orang telah menjadi warganegara di negara seluas 65,610 kilometer persegi (km2).

Bahasa Melayu Sri Lanka merupakan sebuah kreol Bahasa Melayu yang dituturkan oleh empat puluh enam (46) ribu orang di negara berkenaan. Kreol adalah campuran dua bahasa berbeza sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu.

Bahasa berkenaan adalah campuran daripada Bahasa Melayu, Sinhala, Shonam, Tamil dan Inggeris. Bahasa Melayu menjadi asas dalam kreol berkenaan. Untuk pengetahuan semua, Shonam adalah sebuah bahasa yang dituturkan oleh orang Tamil beragama Islam di sana.

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

Kata Ganti Nama Diri dalam bahasa berkenaan tidak mempunyai jantina sebagaimana “he” dan “she” dalam Bahasa Inggeris. Setiap perkataan dalam Kata Ganti Nama Diri mengandungi lima kes tatabahasa iaitu Nominatif, Akusatif, Datif, Alatif dan Posesif Adnominal.

Pertimbangkan perkataan “kitang” yang membawa maksud “Kata Ganti Nama Diri Pertama Jamak”. Perkataan tersebut adalah merupakan Kes Nominatif yakni subjek kepada kata kerja. Kes Tatabahasa bagi perkataan berkenaan adalah seperti berikut.

Kes Nominatif: Kitang (Kita)
Kes Akusatif: Kitangnya (untuk kita)
Kes Datif: Kitanang (kepada kita)
Kes Alatif: Kitanang (kepada kita)
Kes Posesif Adnominal: Kitampe (dimiliki kita)

Apa beza antara Kes Datif dengan Kes Alatif? Untuk pengetahuan semua, Kes Datif melibatkan pergerakan subjek ke arah sesuatu manakala Kes Alatif melibatkan penerimaan ke atas subjek.

SINTAKSIS AYAT MUDAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “sintaksis” ditakrifkan sebagai “pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat”. Pertimbangkan ayat di bawah yang membawa maksud “Ayman telah memakan nasi” dalam Bahasa Melayu Sri Lanka.

“Ayman nasi sumakan.”

Ayat di atas terdiri daripada empat perkataan iaitu “Ayman”, “Nasi”, “Su” dan “Makan”. Perkataan “Ayman”, “Nasi” dan “Makan” masing-masing membawa maksus “Ayman” (Nama orang), “Nasi” dan “Makan”. Perkataan “su” menunjukkan sesuatu kata kerja telah habis dilakukan.

Secara umumnya, susunan ayat mudah dalam Bahasa Melayu Sri Lanka adalah SOV yakni Subjek, Objek dan Kata Kerja. Justeru, ayat diatas secara harfiahnya berbunyi “Ayman nasi telah makan”.

MEMBINA AYAT NEGATIF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Pertimbangkan ayat di bawah yang membawa maksud “Shahmil tidak boleh memakan nasi” dalam Bahasa Melayu Sri Lanka.

“Shahmil nasi memakannang tereboole.”

Ayat di atas terdiri daripada rujuh perkataan iaitu “Shahmil”, “Nasi”, “Me”, “Makan”, “Nang”, “Tere” dan “Boole”. Perkataan “Shahmil” adalah subjek, “Nasi” adalah “objek”, “Me” adalah penunjuk infinif yakni berterusan, “Makan” adalah kata kerja, “nang” adalah penunjuk Datif dan Alatif, “tere” adalah perkataan negatif (tidak) dan “boole” adalah modalnya (boleh).

Secara harfiahnya, ayat di atas berbunyi seperti “Shahmil nasi memakan tidak boleh.” Menambah perkataan “tere” sebelum modal mampu menukarkan ayat biasa menjadi ayat negatif.

ASPEK PROGRESIF

Pertimbangkan ayat di bawah yang membawa maksud “Sementara meminum teh, Jamalee sedang berfikir”.

“Tee miinung ambe, Jamalee taksir ambe ada.”

Ayat di atas terdiri daripada tujuh perkataan iaitu “tee”, “miinung”, “ambe”, “Jamalee”, “ambe” dan “ada”. Perkataan “tee”, “miinung”, “Jamalee” dan “ada” masing-masing membawa maksud “teh”, “minum”, “Jamalee” (orang) dan “ada”. Perkataan “ambe” adalah penunjuk progresif yakni berterusan.

Secara harfiahnya, ayat di atas berbunyi seperti “Teh meminum sedang, Jamalee berfikir sedang.”

TEKA AYAT MUDAH

Sebelum menuju ke bahagian penutup, penulis hendak memberikan ayat dalam Bahasa Melayu Sri Lanka. Ayat tersebut berbunyi…

“Helmi mesigitnang abbispi rumanang sudatang.”

Ayat berkenaan terdiri daripada perkataan “Helmi”, “Mesigit”, “Nang”, “Abbis”, “Pi”, “Ruma”, “Nang”, “Su”, “Datang”. Harap berikan jawapan anda di dalam ruangan komen di bawaj untuk berbincang. Oh ya, “mesigit” maksudnya “masjid”.

PENUTUP

Kesimpulannya, itu adalah pengenalan kepada Bahasa Melayu Sri Lanka secara ringkas. Dalam sejarah, Sri Lanka pernah berada di bawah kekuasaan Sriwijaya (650-1377). Selain itu, pendatang Melayu ke Sri Lanka telah dibawa oleh Belanda pada pertengahan abad ke-17.

Akhirnya, ada di antara mereka yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan.

RUJUKAN:

Mid Year Population. Dicapai pada 26hb April 2020 dari http://www.statistics.gov.lk/PopHouSat/VitalStatistics/MidYearPopulation/Mid-year%20population%20by%20age%20group.pdf

Ethnologue: Sri Lankan Malay. Dicapai pada 26hb April 2020 dari https://www.ethnologue.com/archive-redirect

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kreol. Dicapai pada 26hb April 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kreol

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Sintaksis. Dicapai pada 26hb April 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sintaksis

Survey chapter: Sri Lankan Malay. Dicapai pada 26hb April 2020 dari https://apics-online.info/surveys/66

Difference between Allative and Dative. Dicapai pada 26hb April 2020 dari https://amp.reddit.com/r/grammar/comments/700hxx/difference_between_allative_and_dative/

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.