Al-Quran adalah sebuah teks agama Islam di mana penganutnya mempercayai ianya wahyu daripada Allah (Nama Tuhan yang disembah umat Islam) melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW (570-632). Pada masa itu, ayat Al-Quran disampaikan secara berperingkat iaitu bermula pada tarikh 22 Disember 609 dan telah lengkap lebih kurang 23 tahun kemudian.

Al-Quran mengandungi 114 bab dengan kepanjangan yang pelbagai, di mana setiap bab dikenali sebagai “Surah”. Terdapat 6,236 ayat dalam buku Al-Quran. Bilangan ayat bertambah jika perkataan “bismillah…” dihitung secara berasingan. Ketika nabi Muhammad SAW hidup, tiada ayat dalam Al-Quran pernah diterjemahkan dalam mana-mana bahasa. Namun sehingga 1936 hari ini, Al-Quran boleh didapati dalam lebih 102 bahasa. 

Salman al-Farisi telah menterjemahkan Surah Al-Fatihah dalam bahasa Parsi pada awal abad ke-7. Seorang cendekiawan dari Constantinople yang bernama Nicetas Byzantius telah membuat penterjemahan Al-Quran dalam bahasa Yunani sekitar tahun 855-870. Mansur I (961-976), raja Samanid telah memerintahkan para ilmuwan Khorasan untuk menterjemah Tafsir al-Tabari ke dalam bahasa Parsi. Pada abad ke-11 hingga ke-12, al-Quran dan tafsirnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Kesemua manuskrip buku itu masih ada hingga kini dan diterbitkan beberapa kali.

Bahasa Latin, Inggeris, Sepanyol dan Perancis adalah bahasa Eropah turut berlakunya pernterjemahan Al-Quran. Robertus Ketenensis telah menghasilkan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Latin pada tahun 1143 yang bertajuk “Lex Mahumet pseudoprophete” (Perundangan Muhammad Si Nabi Palsu) sebelum tertolak.

Pembantu King Charles I iaitu Alexander Ross telah menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Inggeris melalui bahasa Perancis “L’Alcoran de Mahomet by du Ryer” (The Qur’an of Muhammad). Julio Cortes yang mengarang “El Coran” terbitan Tahrike Tarsile Qur’an ditemui secara meluas di Amerika Utara. L’Alcoran de Mahomet / translaté d’Arabe François par le Sieur Du Ryer, Sieur de la Garde Malezair., 1647, 1649, 1672, 1683, 1719, 1734, 1770, 1775, oleh André Du Ryer merupakan terjemahan bahasa Perancis yang pertama.

Bahasa Turki, Hindi, Urdu, Melayu dan Cina adalah antara bahasa Asia yang telah berlakunya penterjemahan Al-Quran. Yusuf Ma Dexin (1794–1874) adalah penterjemah pertama dalam bahasa Cina. Elmalılı Muhammed Hamdi Yazır  telah menerbitkan buku “Hakk Dīni Kur’an Dili” dalam bahasa Turki pada tahun 1935. Kanzul Iman turut terbabit dalam penterjemahan ke bahasa Hindi, Bengali dan Gujarat.

Terjemahan pertama ke Urdu dilakukan oleh Shah Abdul Qadir, anak kepada Shah Abdul Aziz Dehlawi (Ilmuwan Islam di sub-benua India pada abad ke-18). William Shellabear (1862–1948) ilmuwan British dan missionari di Malaysia telah mula membuat penterjemahan Al-Quran dalam ke dalam bahasa Melayu, tetapi tidak sempat habiskan kerana meninggal dunia pada tahun 1948.

Penterjemahan Al-Quran turut dilakukan ke dalam bahasa-bahasa Afrika. Bahasa tersebut adalah bahasa Swahili, Yoruba dan Hausa oleh Sheikh Ali Muhsin al-Barwani, Sheikh Adam Abdullah Al-Ilory dan Sheikh Muhamud Gumi masing-masing.

Selepas kejatuhan Shah Iran, Ayatollah Khomeini telah meminta semua umat Islam agar mempelajari bahasa Esperanto. Al-Quran terjemahan Esperanto dihasilkan di Iran. Pada tahun 1970, Profesor Italo Chiussi pengganut Ahmadiyyah telah menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Esperanto.

Kesimpulannya; selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Al-Quran telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Bukan sahaja bahasa Parsi, bahasa-bahasa yang terdapat di benua Eropah, Asia, Afrika turut membuat penterjemahan Al-Quran. Malah, bahasa tiruan seperti bahasa Esperanto turut mengambil tempat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.