Drama “Nur” [nːur] merupakan sebuah drama dalam saluran TV3 slot Samarinda yang bersifat Islamik dan sarat dengan pengajaran. Setelah tamatnya musim pertama sepanjang 19 episod pada 14 Jun 2018, musim kedua sepanjang 15 episod pula disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula dari 2 April 2019 dan dijangka berakhir pada 25 April 2019. Artikel ini membincangkan tentang bahasa-bahasa yang terdapat dalam drama sepanjang 60 minit terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang kehidupan Nur (Lakonan Amyra Rosli) dan Adam (Lakonan Syafiq Kyle) sebagai sepasang suami dan isteri. Dengan sokongan Nur, Adam masih meneruskan kegiatan dakwah di kawasan lorong-lorong gelap. Kehadiran Juita (Lakonan Azar Azmi) yang merupakan seorang pelacur telah mengubah segalanya. Adam perlu menghadapi konflik daripada rumah tangganya dan pada masa yang sama masalah tempat kerjanya di sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat perbuatan abang iparnya, Hamadi (Lakonan Azhan Rani).

Segala perbualan yang terdapat dalam drama Nur 2 menggunakan Bahasa Melayu. Loghat bahasa Melayu yang digunakan dalam drama tersebut adalah Johor-Riau. Ini dibuktikan dengan perbualan dalam drama berkenaan yang menggunakan sebutan berakhir “mid central vowel (ə)” seperti “saya [sajə]”, “pengetua [pəŋətuə]”, “agama [agamə]” dan sebagainya. Mereka juga tidak menyebut bunyi “ar (Rr)” apabila berada di hujung perkataan seperti “air [ae]” manakala apabila berada di tengah berbunyi “voiced uvular fricative (ʁ)” seperti “kereta [kəʁetə]”. Bunyi [ʁ] dilakukan dengan meletakkan hujung hadapan lidah ke arah tekak.

Selain itu, terdapat perbualan yang menggunakan laras agama. Laras tersebut merujuk kepada ungkapan untuk memperkatakan tentang hal ehwal agama. Oleh disebabkan drama ini berlatar belakangkan agama Islam, maka struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Sebagai contoh, petikan Al-Quran yang digunakan dalam drama ini adalah “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (QS.ar-Ra’d:11)”. Tidak silap penulis, petikan Al-Quran tersebut disebutkan oleh Musalmah (Lakonan Fatimah Abu Bakar) kepada anaknya Aisyah (Lakonan Norkhiriah).

Di samping itu, perbualan dalam drama berkenaan banyak menggunakan perkataan daripada bahasa asing. Bahasa asing yang terlibat adalah Sanskrit, Arab, Portugis dan

Inggeris. Perkataan “derma” berasal daripada bahasa Sanskrit, “dharma (धर्म)”. Perkataan

“astaghfirullah” daripada bahasa Arab “ʾastaḡfiru llāha (َُٰللّاُ رُ فِغَْتسَْأ)”. Perkataan “minggu” daripada bahasa Portugis “domingo”. Perkataan “relaks” berasal daripada Bahasa Perancis “relaxer” melalui Bahasa Inggeris, “relax”. Perkataan “relaks” digunakan oleh Juita ketika “bersama” dengan Adam di dalam kereta. Perbualan “Hei, saudari. Dengar sini, ada banyak cara untuk buat pahala. Bukan dengan cara menggunakan agama macam kau!” banyak menggunakan perkataan Sanskrit.

Kemudian, terdapat perbualan dalam drama berkenaan menggunakan perkataan jati. Perkataan jati disebut melambangkan taraf pendidikan watak berkenaan. Taraf pendidikan yang rendah macam Nur telah menyebut ayat “Tidak termasuk api air”. Perbualan tersebut menggunakan perkataan jati. Ayat baku sepatutnya, “tidak termasuk bil elektrik dan bil air”.

Terdapat perbualan dalam drama berkenaan yang menggunakan bahasa rojak. Bahasa rojak berlaku dengan peralihan kod (Code-Switching) dua atau lebih bahasa dalam satu ayat. Contoh perbualan yang menggunakan bahasa rojak adalah “Mak, cantik tudung. Kena colournya”. Perbualan tersebut diucapkan oleh Mahadi kepada ibu mertuanya, Musalmah.

Akhir sekali, terdapat perbualan dalam drama berkenaan yang menggunakan singkatan perkataan. Contoh perbualan dalam drama berkenaan adalah “Cik Nur, bila kitorang boleh mengaji”. Perbualan tersebut diucapkan oleh salah seorang daripada beberapa orang kanak-kanak kepada Nur. Perkataan “kitorang” berasal daripada perkataan “kita” (Kata ganti nama diri pertama jamak dalam keadaan inklusif) dan “orang”.

Kesimpulannya, itu adalah antara pemerhatian penulis tentang drama Nur daripada sudut bahasa. Sejujurnya, drama ini merupakan drama berbahasa Melayu pertama yang ditonton penulis setelah sekian lama. Penulis berharap pengarah drama ini iaitu Shahrulezad tidak berputus asa dalam menghasilkan drama yang berkualiti tinggi. Apa pendapat anda tentang drama Nur? Sila berikan maklum balas anda kepada kami.

Sumber:

Drama Nur yang ditonton oleh penulis.

Allah Tidak Akan Merubah, Sebelum Ada Perubahan dari Dalam Diri. Retrieved April 9, 2019 from https://khazanahalquran.com/allah-tidak-akan-merubah-sebelum-ada-perubahan-dari-dalam-diri.html

Ciri dan jenis laras-laras bahasa. Retrieved April 9, 2019 from http://mte3012-farahnadiyaabdulrahim.blogspot.com/2015/10/ciri-dan-jenis-laras-bahasa.html

Malay language, alphabet and pronunciation. Retrieved April 9, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/malay.htm

Drama Nur 2 . Retrieved April 9, 2019 from https://www.myinfotaip.com/2019/01/nur2.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.