Dinasti Zhou merupakan dinasti yang paling lama bertahan dalam sejarah China, bermula dari kurun ke-11 sehingga kurun ke-3 Sebelum Masehi. Para pemerintah daripada zaman ini tidak asing lagi dengan keulungannya dalam medan tempur. Walau bagaimanapun, mereka juga berupaya membangunkan sebuah suasana di mana elemen-elemen kebudayaan dapat berkembang maju.

Dinasti Zhou muncul menggantikan Dinasti Shang. Sejarah Dinasti Zhou boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Zhou Barat dan Zhou Timur. Lebih daripada itu, Zhou Timur boleh dipecahkan lagi kepada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan Zaman Negara-Negara Berper4ng, zaman yang memperlihatkan keruduman pemerintahan Zhou serta perpecahan China.

Dinasti Zhou menemui pengakhirannya apabila Negara Qin tampil juara dalam siri pergelutan kuasa, menyatukan China dan seterusnya menubuhkan dinasti maharaja pertama China, iaitu Dinasti Qin.

Bekas ritual gangsa Cina, digunakan sebagai bekas bijirin. Dari Dinasti Zhou Barat, bertarikh sekitar 1000SM. Inskripsi yang mengandungi 11 perkataan Cina purba pada bekas gangsa ini menyatakan kegunaannya dan pemilikannya oleh kerabat Zhou


PARA PEMERINTAH AWAL DINASTI ZHOU

Direkodkan bahawa pengasas Dinasti Zhou adalah Raja Wu dari Zhou. Walau bagaimanapun, ayahandanya, iaitu Raja Wen dari Zhou diberikan kredit kerana menanam benih awal pember0ntakan menentang pemerintahan Dinasti Shang. Dengan usahanya membentuk persekutuan dengan pembesar-pembesar di wilayah sekeliling, Raja Wen berupaya membangunkan sebuah kekuatan t3ntera yang boleh berhadapan dengan ketumbukan tent3ra Shang.

Raja Wen juga direkodkan sebagai seorang pemerintah yang adil dan baik hati, serta sering dikatakan bahawa meritnya yang banyak itu menjadi faktor yang menyumbang kepada pengurniaan Mandat Tuhan kepada puteranya sekaligus mendorong kepada penubuhan Dinasti Zhou.

Dinasti Shang mengalami kekalahan di tangan Zhou dalam Pertempuran Muye yang berlangsung sekitar tahun 1046SM. Dalam kesempatan itu, Raja Zhou dari Shang, pemerintah terakhir Dinasti Shang bertindak membvnuh diri sekaligus menamatkan pemerintahan dinasti tersebut.

Kiri: Raja Wu dari Zhou. Kanan: Raja Zhou dari Shang


Selain daripada men4kluk wilayah-wilayah tersebut untuk Dinasti Zhou, Pangeran Zhou juga berkhidmat sebagai pemangku bagi anak saudaranya, iaitu Raja Cheng dari Zhou yang naik takhta ketika masih kanak-kanak. Dinasti Zhou Barat menemui penghujungnya pada tahun 771SM apabila Raja You terbvnuh dalam sebuah ser4ngan ke atas istananya.

Ser4ngan tersebut diketuai oleh bapa mertuanya, iaitu Pangeran Shen (yang naik berang kerana puterinya digugurkan daripada gelaran permaisuri manakala status cucunya sebagai putera mahkota dilucutkan) dan menerima bantuan daripada Quanrong, sebuah puak nomad gasar.

Sejarah Dinasti Zhou dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Zhou Barat dan Zhou Timur. Zhou Barat bermula sekitar tahun 1045 sehingga tahun 771SM manakala Zhou Timur pula bermula dari tahun 770 sehingga 256SM. Walaupun Raja Wu berjaya menggulingkan pemerintahan Dinasti Shang, Dinasti Zhou tetap jua tidak berupaya menguasai secara mutlak wilayah-wilayah Shang di timur. Lantaran itu, tugas untuk memperteguhkan kedudukan dinasti baru ini diletakkan di atas bahu saudara raja, iaitu Pangeran Zhou.

Potret Pangeran Zhou dari Sancai Tuhui


ZAMAN MUSIM BUNGA DAN MUSIM LURUH SERTA ZAMAN NEGARA-NEGARA BERP3RANG

Selepas Raja You dibvnuh, bekas putera mahkotanya iaitu Putera Yijiu (cucu kepada Pangeran Shen) ditabalkan sebagai Raja Ping sekaligus menandakan permulaan pemerintahan Dinasti Zhou Timur. Walaupun zaman dinasti ini berpanjangan sehingga tahun 256SM, ia boleh dibahagikan kepada dua tempoh utama – iaitu Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan Zaman Negara-Negara Berp3rang.

Walaupun Raja Ping ditabalkan sebagai pemerintah baru bagi Dinasti Zhou, kuasa pusat Zhou tetap juga mengalami keruduman manakala kerajaannya pula berpecah-belah sekaligus membawa dinasti tersebut ke Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh.

Zaman ini, yang berpanjangan sehingga tahun 476SM, memperlihatkan kebangkitan dan ketumbangan banyak negara kecil di China. Walaupun tempoh tersebut diselubungi kehuru-haraan politik, zaman tersebut juga ditandai dengan kemekaran falsafah Cina. Pada zaman Musim Bunga dan Musim Luruh inilah berkembang majunya ‘Seratus Sekolah Pemikiran’, termasuklah ajaran Confucianism, Taoism dan Legalism.

Confucius, Lao-tzu dan Arhat si penganut ajaran Buddha

Dinasti Zhou menemui pengakhiran pada tahun 256SM, apabila ibu kotanya di Chengzhou (kini Luoyang) dit4kluk oleh Qin dan pemerintah terakhirnya, Raja Nan dibvnuh. Memandangkan kuasa sebenar Dinasti Zhou sudah pun mengalami keruduman sejak sekian lama sebelum berlakunya peristiwa peralihan dinasti ini, maka pengakhiran Dinasti Zhou tidak dianggap sebagai suatu peristiwa bersejarah yang besar.

Di lapangan politik pula, sebanyak tujuh buah negara utama muncul lantas memulakan Zaman Negara-Negara Berp3rang. Negara-negara tersebut adalah Qin, Qi, Chu, Yan, Han, Zhao dan Wei.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak membawa penamat kepada kehuru-haraan tersebut lantaran negara-negara ini terus-menerus berper4ng selama hampir dua kurun. Pada zaman ini, kuasa sebenar bertumpu pada ketujuh-tujuh negara tersebut, sementara Raja-Raja Zhou hanya memegang kuasa pada nama.

Gambar patung moden yang didirikan sempena Pangeran Zhou, pengasas kota Luoyang asal

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (6 Mei 2018). The Zhou Dynasty: The Longest-Lasting Dynasty in Chinese History. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/zhou-dynasty-longest-lasting-dynasty-chinese-history-0010006

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.