Sejak belakangan ini, satu per satu negara telah terlibat dalam masalah. Bermula dari Republik Rakyat China (PRC) lalu merebaklah ia ke seluruh dunia. Negara ini iaitu Persekutuan Malaysia juga tidak terkecuali. Masalah yang dimaksudkan adakah Covid-19.
Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 3,836,183 kes telah dilaporkan di seluruh dunia di mana 265,364 daripadanya telah dijemput illahi. Di Malaysia pula, sebanyak 6,467 kes telah dilaporkan dengan 107 orang daripadanya pergi buat selama-lamanya.
Persoalannya, apakah itu Covid-19? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Covid-19 adalah sejenis pneumonia (Paru-paru berair) yang puncanya tidak dapat dikenalpasti. Masalah ini dikesan dari Wuhan, China pada hari Selasa yang bertarikh 31hb Disember 2019.
Daripada sudut bahasa, apakah maksud Covid-19? Inilah tujuan artikel ini dikarang. Menyampaikan ilmu tentangnya dalam pelbagai bahasa.
BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris adalah bahasa Indo-Eropah di bawah cabang Jermanik Barat yang dituturkan oleh 1.2 bilion orang di seluruh dunia. Dalam sebutan asal, bahasa ini dikenali sebagai English [ˈɪŋɡlɪʃ].
Bahasa tersebut mengenali masalah berkenaan sebagai “Covid Nineteen (Covid-19)”. Nama tersebut adalah singkatan kepada “Coronavirus diseases Two Thousand Nineteen”. Mari kita rungkaikan maksud perkataan satu persatu.
“Corona”, “Virus” dan “disease” masing-masing berasal daripada Bahasa Latin, Latin dan Inggeris Norman iaitu “CORONA”, “VIRVS” dan “desese”. Ketiga-tiga perkataan serapan berkenaan masing-masing membawa maksud “mahkota”, “racun” dan “penyakit”.
Two thousand nineteen (2019) adalah tahun dalam kalender Masihi. Tahun berkenaan dikira dari keputeraan Nabi Isa AS.
BAHASA MANDARIN
Bahasa Mandarin adalah bahasa Sino-Tibetan di bawang cabang Sinitik yang dituturkan di 1.3 bilion di seluruh dunia. Bahasa ini dikenali sebagai Pǔtōnghuà (普通话/普通話) dan Huáyǔ (华语/華語) masing-masing di China dan Malaysia.
Bahasa tersebut mengenali masalah berkenaan sebagai “xīnxíng guānzhuàng bìngdú (新型冠狀病毒)”. Secara harfiahnya, keenam-enam tulisan Cina tersebut masing-masing membawa maksud “baharu”, “jenis”, “mahkota”, “macam”, “penyakit” dan “racun”.
BAHASA HOKKIEN
Bahasa Hokkien adalah bahasa Sino-Tibetan di bawah cabang Min Selatan. Bahasa ini dituturkan oleh 40 juta orang di seluruh dunia. Bahasa ini dikenali sebagai Hok-kiàn-ōe (福建話) dalam sebutan asal.
Bahasa tersebut mengenali masalah berkenaan sebagai “sin-hêng koan-chōng pēⁿ-to̍k (新型冠狀病毒)”. Secara harfiahnya, keenam-enam tulisan Cina tersebut masing-masing membawa maksud “baharu”, “jenis”, “mahkota”, “macam”, “penyakit” dan “r4cun”.
BEKA MELAYU
Beka Melayu ataupun nama lainnya Lidah Melayu ataupun Cakap Melayu secara ringkasnya adalah Bahasa Melayu sekiranya tiada serapan asing. Serapan Arab, Inggeris dan sebagainya digantikan dengan inovasi jati “loghat” Melayu dan bahasa serumpunnya seperti Minangkabau, Iban, Jawa dan sebagainya.
Masalah berkenaan dikenali sebagai “Jamang-7”. Perkataan tersebut adalah singkatan kepada “Penyakit Renik Jejamang 2807”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ketiga-tiga perkataan masing-masing ditakrifkan sebagai “sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit”, “halus, kecil” dan “sejenis perhiasan yang dibuat daripada emas atau perak dan dipakai di dahi atau di kepala”.
Dua Puluh Lapan Kosong Tujuh (2807) adalah tahun dalam Penanggalan Piama Baharu. Tahun tersebut dikira dari tahun terkini dalam Tamadun Sungai Batu iaitu 788 Sebelum Masihi (788 SM).
ANGLISH
Anglish secara ringkasnya adalah Bahasa Inggeris sekiranya tiada serapan asing. Serapan Perancis, Latin, Yunani dan sebagainya digantikan dengan inovasi jati Inggeris dan bahasa serumpunnya seperti Jerman, Belanda, Sweden, Iceland dan sebagainya.
Masalah berkenaan dikenali sebagai “Wreath-69” [ɹiːθ ˈsɪkstɪ naɪ̯n]. Nama tersebut adalah singkatan kepada “Wreathatter Sickness 2769” [ɹiːθˈætə ˈsɪknɪs ˈtwɛnti ˈsɛv.ən ˈsɪkstɪ naɪ̯n].
Perkataan “Wreath”, “Atter” dan “Sickness” masing-masing ditakrifkan sebagai “berpintal”, “racun” dan “keadaan berpenyakit”. “Twenty-seven Sixty-nine” adalah tahun yang dikira dari tahun terkini pendudukan Puak Jermanik di benua Eropah iaitu tahun 750 Sebelum Masihi (750 SM).
AKHIR KALAM:
Kesimpulannya, itu adalah antara sebutan bagi “Covid-19” dalam sebilangan bahasa terpilih di seluruh dunia. Penulis meminta kepada semua pihak agar bekerjasama dalam mentaati pemerintah bagi mengekang penularan Covid-19. Tolong duduk di rumah sekiranya tidak ada urusan penting!
RUJUKAN:
Worldometer: COVID-19 CORONAVIRUS PANDEMIC. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.worldometers.info/coronavirus/
World Health Organisation. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.who.int/emergencies/d1s34s3s/novel-coronavirus-2019/events-as-they-happen
Omniglot: English. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/writing/english.htm
Irujukan.my. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.irujukan.my/kalendar-islam-malaysia-takwim/
Omniglot: Mandarin Chinese. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/chinese/mandarin.htm
Omniglot: Taiwanese Hokkien. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/chinese/taiwanese.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Dewan Bahasa Dan Pustaka: p3ny4k1t. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=p3ny4k1t
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Renik. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=renik
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Jejamang. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jejamang
Twitter: Beka Melayu. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://mobile.twitter.com/bekamelayu/status/1198140907670736896
Twitter: Beka Melayu. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://mobile.twitter.com/bekamelayu/status/1231468766376022016
Anglish Wordbook: C. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://anglish.fandom.com/wiki/English_Wordbook/C
Anglish Wordbook: V. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://anglish.fandom.com/wiki/English_Wordbook/V
Anglish Wordbook: D. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://anglish.fandom.com/wiki/English_Wordbook/D
The Germanic Tribes. Dicapai pada 22hb Mac 2020 dari https://courses.lumenlearning.com/boundless-worldhistory/chapter/the-germanic-tribes/