Sejarah tidak begitu berpihak kepada Colombia. Pada mulanya, negara ini ditubuhkan daripada benih penjajahan Sepanyol dengan nama Kewizuraian (Viceroyalty) Granada.
Arus pembebasan memangkinkan kemerdekaan pada 20 Julai 1810. Kemudian Colombia berdepan pula dengan masalah daripada Amerika Syarikat, atas faktor pembinaan Terusan Panama.
Senang cakap – sejarah memang tidak begitu berpihak kepada Colombia, yang terpaksa mengharungi macam-macam hingga hari ini. Walau bagaimanapun, Colombia mempunyai sebuah kerajaan yang boleh kata stabil dengan pemimpin negara mampu mengekalkan kuasa lebih daripada satu mandat.
Sebagai negara yang pernah menjadi tumpuan penjajah zaman imperialisme, Colombia tentu sekali kaya dengan sejarah. Dulu kala British pernah cuba mengambil wilayah kewizuraian daripada tangan Sepanyol.
Strategi British tidak begitu menjadi, kerana penularan penyakit yang memberi kemenangan mudah pada pihak Sepanyol.
Ini bermakna laut Colombia menyembunyikan rangka kapal perang yang pernah menjadi bidak catur perang. Salah satu kapal ini bernama San Jose, yang ditemui di kawasan pesisiran pantai pada tahun 2015.
Tentang Kapal Agung Sepanyol
Gipuzkoa mempunyai sebuah limbungan kapal (shipyard) dimana Pedro de Arostegui sibuk menerima tempahan. Pada tahun 1697, beliau mendapat pelan daripada Francisco Antonio Garrote untuk pembinaan dua buah kapal – San Jose dan San Joaquin.
Kalau ikut konteks dulu, ini memang perkara biasa… bermakna San Jose adalah kembar San Joaquin, yang ditempah untuk menjadi sebahagian daripada konvoi perdagangan laut Sepanyol dibawah kepimpinan Jeneral Jose Fernandez de Santillan.
de Arostegui menyiapkan tempahan ini dalam masa setahun. Dan San Jose membelαh lautan dengan anak kapal begitu berpengalaman. Jeneral de Santillan memilih San Jose sebagai kapal utama (flagship) konvoi daripada Panama ke Colombia.
Pada 8 Jun 1708, konvoi ini diheηtαm sebuah skuad lautan British pimpinan Charles Wager. Serαηgαη ini berlaku begitu pantas dan mengejut. Wager memimpin enam buah kapal yang lengkap berseηjαtα. Jeneral de Santillan kalah teruk, barangkali kehilangan 1,247 anak kapal.
San Joaquin berjaya dirαmpαs Wager. Namun bagi pihak Wager, pertempυrαη ini amat merugikan… kerana San Jose tiba-tiba meletυp. Padahal mereka meηyerαηg dengan matlamat untuk merαmpαs San Jose.
Kαrαmηyα Kapal Idaman
Charles Wager tidak dapat mengambil harta yang dibawa San Jose. Kalau ikut anggaran, San Jose mengusung 180,000 kilogram harta dalam bentuk emas, perak dan barangan kemas. Jumlah ini merumuskan satu nilai sangat jelas… iaitu AS$17 bilion, yang patutnya didagangkan di Perancis.
Selama 300 tahun, banyak pihak terliur untuk mengambil harta San Jose. Undang-undang pula semakin mengukuh sekarang.
Tiada pihak boleh sewenang-wenangnya membuat operasi penyelaman tanpa izin atau restu pihak kerajaan Colombia. Kerana harta tersebut sudah menjadi sebahagian daripada harta Colombia. Ibaratkan disimpan dalam bank, cuma terdedah di dasar laut.
Kerajaan Colombia memang serius pasal bab San Jose. Bαηgkαi kapal ini sebenarnya ditemui delegasi Amerika Syarikat, iaitu Sea Search Armαdα (SSA). Itu pun pada tahun 1981. Pihak SSA bersetuju untuk mengeluarkan harta ini dengan syarat pembahagian 65-35 peratus (Colombia majoriti).
Namun kerajaan Colombia menolak tawaran ini, berpendapat harta ini milik mutlak negara. Mereka berunding untuk memberi SSA hanya 5 peratus sebagai “upah cari” yang dikenakan cukai sebanyak 45 peratus.
Senang anggap begini. Nilainya AS$17 bilion. Colombia ambil semua dan beri AS$850 juta kepada SSA. Cukup masa, SSA perlu membayar cukai sebanyak AS$382.5 juta. Bermakna penat lelah cari dan keluarkan, SSA mendapat AS$467.5 juta sahaja… sementara Colombia membolot AS$16.5 bilion (Spilman, 2012). Boleh tahan juga orang Colombia berunding.
Pendekatan kerajaan Colombia wajar dipuji, kerana mereka tahu harta tidak ke mana. Mereka tidak perlu maklumat daripada SSA.
Pada 27 November 2015, pihak Colombia sendiri mencari dan menemui San Jose (Metcalfe, 2022)… bermakna sekarang, harta San Jose adalah milik mutlak Colombia. Setiap sen. Setiap dolar. Buat masa sekarang, kerajaan menokhtahkan kos untuk mengeluarkan kapal ini.
Mereka perlu berbelanja sebanyak AS$70 juta untuk 1) mengeluarkan harta AS$17 bilion dan 2) mempamerkan kapal di muzium. Sekali lagi, boleh tahanlah skim cepat kaya Colombia ini.
RUJUKAN:
Metcalfe, T. (2022, Februari 24). Colombia moves to salvage immense treasure from sunken Spanish galleon. Live Science.
Spilman, R. (2012, Februari 29). Galleon San Jose, the ‘Holy Grail of Ship Wrecks’. The Old Salt Blog.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih