Charlemagne (juga dikenali sebagai Charles Agung, atau Charles I) adalah seorang Raja Franks, pemerintah pertama Empayar Rom Suci (walaupun istilah ‘Empayar Rom Suci’ ini hakikatnya hanya dicetak pada mawatang syiling selepas kem4ngkatan beliau) dan juga salah seorang tokoh paling penting dalam sejarah Eropah di awal Zaman Pertengahan.

Sebagai Raja Franks, beliau berusaha menyatukan kesemua suku Jermanik ke dalam satu kerajaan dan menyeru rakyatnya agar menganut agama Kristian. Demi mencapai tujuan-tujuan ini, Charlemagne lebih cenderung menggunakan kaedah penaklvkan. Justeru, pada tempoh awal pemerintahan Charlemagne, sejumlah kempen ketenteraan dijalankan bagi meluaskan kerajaannya.

Charlemagne menerima penyerahan-kalah Widukind of Paderborn pada tahun 785, lukisan oleh Ary Scheffer (1795-1858)

Salah satu pencapaian politik terhebat Charlemagne adalah pemahkotaannya sebagai ‘Maharaja Rom’ pada hari Krismas tahun 800 Masihi, yang dikelolakan oleh Pope Leo III. Peristiwa ini dianggap signifikan kerana menghidupkan semula sentimen Maharaja Rom Barat, suatu kedudukan yang telah pun kosong sejak ketumbangan Empayar Rom Barat.

KEHIDUPAN AWAL CHARLEMAGNE

Charlemagne dilahirkan pada tahun 740an. Beliau dilahirkan sama ada di Liege, Belgium moden ataupun Aachen, Jerman moden. Ayahanda beliau ialah Pepin si Pendek (Pepin the Short), yang bertakhta sebagai Raja Franks dari Dinasti Carolingian pada tahun 751 Masihi. Ibundanya pula ialah Bertrada of Laon. Tidak banyak maklumat yang diketahui perihal zaman kanak-kanak dan latar belakang pendidikan Charlemagne.

Menurut Life of Charlemagne yang ditulis oleh Einhard, beliau “dikurniakan hati yang bersedia dan lidah yang fasih dalam bertutur kata, dan mampu meluahkan segala perkara yang mahu diekspresikannya dengan sangat jelas.” Selain itu, Charlemagne juga berbakat dalam mempelajari pelbagai bahasa dan berupaya bertutur dalam Bahasa Latin “sefasih bahasa ibundanya”.

Beliau turut “memahami bahasa Yunani jauh lebih baik berbanding menuturkannya.” Namun, sejarahwan tidak dapat mengenal pasti secara jelas apakah bahasa-bahasa ini dipelajari oleh Charlemagne semasa beliau kecil ataupun sesudah dewasa.

Charlemagne menerima manuskrip daripada pengajarnya, Monk Alcuin, oleh Jules Laure

KEMPEN-KEMPEN KETENTERAAN

Berikutan kem4ngkatan Pepin pada tahun 768 Masihi, kerajaan dibahagikan antara Charlemagne dan adiknya, Carloman. Selepas Carloman m4ngkat pada tahun 771 Masihi, Charlemagne menjadi pemerintah tunggal Kerajaan Franks. Lantas, beliau pun memulakan kempen ketenteraan bagi meluaskan kerajaannya ke seluruh arah.

Lukisan kurun ke-15 yang menggambarkan Charlemagne

Sebahagian kempen ini melibatkan pep3rangan menentang Saxon, yang berlangsung pada tahun 772 Masihi hingga ke penghujung kurun tersebut. Begitu juga dengan kempen penaklvkan Kerajaan Lombard pada tahun 774 Masihi. Dalam bidang ketenteraan dan di medan p3rang, Charlemagne dikenali sebagai seorang pemimpin yang k3jam.

Misalnya, p3rang menentang Saxon yang menganuti kepercayaan pagan dicirikan oleh penumpahan darah yang dahsyat. Orang-orang Saxon yang dit4kluk ini diberikan pilihan sama ada memeluk agama Kristian atau dibvnuh. Dalam peristiwa Pembvnuhan Beramai-Ramai Verden yang berlaku pada tahun 782 Masihi, dianggarkan seramai 4500 orang Saxon dibvnuh oleh tentera-tentera Charlemagne.

Tapak Sachsenhain bagi memperingati pembvnuhan beramai-ramai di Verden an der Aller, Jerman

MAHARAJA ROM

Pada tahun 800 Masihi, Pope Leo berdepan dengan sebuah pemberontakan dan beliau dis3rang di jalanan kota Rome. Justeru, beliau terpaksa mendapatkan bantuan daripada Charlemane. Menurut Einhard,

“Orang-orang Rom menimpakan kecederaan yang parah ke atas Pontiff Leo, mencungkil matanya dan memotong lidahnya, hingga beliau terpaksa mendapatkan bantuan Raja.”

Charlemagne lantas bergegas ke Rome, mengembalikan keamanan dalam Gereja dan sebagai ganjaran di atas jasanya itu, beliau dimahkotakan sebagai ‘Maharaja Rome’ oleh paus pada hari Krismas tahun sama.

Paus Leo III menabalkan Charlemagne sebagai Maharaja pada Hari Krismas

Walaupun Charlemagne disifatkan sebagai pemimpin tentera yang k3jam, beliau dicirikan sebagai seorang yang berbeza karakternya ketika berada di luar medan p3rang. Charlemagne adalah seorang pentadbir yang sangat cekap, diplomat yang mahir, dan lelaki yang bertamadun.

Pemahkotaannya sebagai ‘Maharaja Rom’, sebagai contoh, tidaklah begitu diterima oleh pihak Byzantine. Namun menerusi permainan diplomasi, Charlemagne berupaya memperbaiki hubungannya dengan mereka. Dalam catatan Einhard disebutkan,

“Beliau sangat sabar terhadap sikap iri hati yang ditunjukkan oleh maharaja-maharaja Rom berikutan gelaran yang diberikan kepadanya itu, dan dengan usaha-usaha yang berbentuk perutusan delegasi dan penghantaran surat yang kerap, yang di dalam surat itu beliau memanggil mereka sebagai saudara, beliau berjaya membuatkan kekerasan hati mereka itu tunduk pada kebaikan hatinya; satu kualiti yang tidak dinafikan, membuatkan beliau mengungguli mereka.”

Maharaja Charlemagne. (1837) oleh Louis-Felix Amiel

KEBANGKITAN CAROLINGIAN

Di bawah pemerintahan Charlemagne ini jugalah berlakunya peristiwa yang dikenali sebagai ‘Kebangkitan Carolingian’. Einhard mencatatkan bahawa Charlemagne meminati pembelajaran. Walaupun beliau cuba menceburi pelbagai bidang keilmuan, usahanya tidak begitu membuahkan hasil lantaran beliau memulakan usahanya itu pada usia yang tua,

“Beliau sangat bersemangat dalam mengumpulkan hasil-hasil seni bebas, memandang tinggi mereka yang mengajarkan ilmu tersebut, dan memberikan kemuliaan yang besar kepada mereka. Beliau mempelajari tatabahasa daripada diaken (decaon) Peter of Pisa, yang pada masa itu sudah pun lanjut usia. Diaken lain, iaitu Albin of Britain yang turut dikenali sebagai Alcuin, lelaki warga Saxon merangkap ilmuwan agung pada zaman itu, merupakan guru beliau dalam bidang keilmuan yang lain.

Raja meluangkan banyak masa dan usaha bersamanya dalam mempelajari retorik, dialektik dan astronomi; beliau belajar mengenali, mengira dan menyelidiki pergerakan jasad-jasad samawi dengan penuh minat. Beliau juga cuba belajar menulis, dan lazim menyimpan tablet dan helaian kosong di bawah bantalnya, supaya pada masa-masa senggang, beliau dapat membiasakan tangannya menulif; namun, lantaran beliau tidak memulakan usaha ilmu ini pada usia yang sesuai, iaitu hanya pada lewat usia, beliau tidak berpeluang menuai hasilnya.”

Alcuin merupakan salah seorang ilmuwan terkemuka dalam Kebangkitan Carolingian

Apapun, menerusi naungan Charlemagne terhadap keilmuan inilah makanya ilmuwan-ilmuwan di Eropah Barat dapat merasai kebangkitan budaya dan intelektual.

KEM4NGKATAN CHARLEMAGNE

Charlemagne m4ngkat pada tahun 814 Masihi, dan empayarnya diserahkan kepada satu-satunya putera beliau yang masih hidup, iaitu Louis the Pious, justeru empayar Charlemagne kekal tidak terpecah. Namun berikutan kem4ngkatan Louis the Pious, Empayar Rom Suci terbahagi kepada tiga sekaligus menandakan permulaan sebuah perjalanan sejarah yang panjang, yang membawa kepada pembentukan Kerajaan Perancis dan Jerman.

Charlemagne dan puteranya, Louis the Pious

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (30 Mac 2016). Charlemagne: One of the Most Important Figures of Early Medieval Europe. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/charlemagne-one-most-important-figures-early-medieval-europe-005619


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.