Sejak kerajaan membuat keputusan untuk menyemak kembali projek-projek mega yang dirancang oleh Kerajaan yang sebelum ini, aku boleh katakan yang ramai rakyat Malaysia khususnya orang muda mula cakna dan rancak membincangkan isu ini di pelbagai platform.
Ini adalah satu perkara yang harus kita raikan. Berkat kemajuan teknologi dan penggunaan meluas media sosial, isu kepentingan awam boleh didebatkan secara meluas. Keterbukaan Kerajaan PH dibawah YAB Perdana Menteri Tun Mahathir untuk “menggalakkan” percambahan idea dikalangan rakyat harus kita puji dan manfaatkan sepenuhnya.
Ya, keputusan untuk “menangguhkan” MRT3 mendapat maklumbalas yang bercampur-campur.
Bagi mereka yang bermastautin dan bekerja di Greater Kuala Lumpur amatlah berharap projek infra pengangkutan awam ini dapat meningkatkan mutu kehidupan diri serta keluarga.
Ada juga yang berpendapat ianya harus “ditangguhkan” atau “dibatalkan” terus kerana kosnya yang “uber-expansive” (terlalu mahal) dan projek ini tidak memberikan langsung keuntungan kepada Kerajaan.
Mereka yang lebih sedikit optmistik bersetuju projek ini akan diteruskan “if and only if” kedudukan kewangan negara bertambah baik dan pulih dari risiko negara bankrap dek Hutang Negara yang mencapai RM 1 Trillion.
Aku tak mahu komen banyak pasal Hutang Negara ini, boleh rujuk penulisan The Patriots sebelum ini.
Cuba kalian rujuk rajah yang aku sediakan dibawah. Wawasan 2020 menetapkan Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun itu. Untuk menjadi negara maju, pengangkutan awam pun haruslah majukan?
Connectivity dalam bandar, kurang kesesakan lalu lintas dan penjimatan masa yang boleh dibuat serta peningkatan produktiviti pekerja hasil dari peningkatan mutu kehidupan seharian.
Aku ada pengalaman di Berlin, Ibu kota Republik Persekutuan Jerman. Walaupun 3 bulan disana, aku hanya menaiki kenderaan peribadi 2 kali sahaja, itu pun kerana aku menumpang pegawai Kedutaan kita menuju ke masjid bagi solat Jumaat.
Jejaknya kaki aku di Tegel Airport bersama bagasi yang berat (3 bulan full), aku diajar oleh Mancij untuk naik bas airport dan berhenti di Beusselstr untuk naik train Ring S-Bahn ke Schoenhauser Allee dimana aku menginap selama disana.
Cuba kalian tengok Circle Ring Besar, itulah S-Bahn. Di dalam bulatan itu dipanggil Zone A, dan kalau anda perasan ada Zone B dan Zone C. Zone A adalah kawasan pusat bandar dan nilaian hartanah sana tinggi.
Circle Ring S-Bahn ini bergerak secara bulatan dan berlainan arah, S41 dan S42. Dengan jarak masa bagi setiap satunya adalah 3-7 minit. Maka, kalau aku ke stesen S-Bahn, akan ada dua train yang akan bertolak berlainan arah.
Hebat kan? Tapi mereka memang dah lama begini, sejak sebelum Perang Dunia lagi.
Untuk pergi ke pejabat, aku akan menggunakan U-Bahn kod U2 dari Schonhauser Allee ke stesen Stadtmitte. Satu hala. U-Bahn kebanyakkannya bawah tanah.
Tapi itulah, disebabkan Berlin sangat “connected”. Aku hanya menggunakan satu apps bersepadu yang dipanggil BVG Fahrinfo Plus (Berliner Verkehrbetriebe) . Aku hanya masukkan lokasi mula dan destinasi, apps tersebut akan berikan options yang terbaik melibatkan rancangan perjalanan merentas S-Bahn, U-Bahn, Tram dan Bus. Mudahkan?
Aku boleh bajet masa keluar dari rumah dan sampai ke pejabat dan tak pernah lewat. Seronok kehidupan aku waktu itu, setiap pagi menghirup Einstein Kaffee atau Hot Schokolade dan seulas Croissant. Kos aku hanya EUR 80 untuk sebulan. Dan aku boleh pakai apa-apa sahaja kemudahan pengangkutan awam Berlin untuk kemana-mana destinasi dalam Zone A dan Zone B.
Itulah pengalaman aku dan aku harap rakyat Malaysia, khususnya di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang boleh merasainya di tanah air sendiri.
Artikel ditulis oleh Azwan Omar untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih