China ataupun nama rasminya “Republik Rakyat China (RRC)” adalah sebuah negara di benua Asia Timur. Negara seluas 9.71 juta km² yang berpenduduk 1.44 bilion orang itu bersempadan dengan Korea Utara, Rusia, Mongolia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan, India, Nepal, Bhutan, Myanmar, Laos dan Vietnam.
Untuk pengetahuan semua, sebanyak 241 bahasa sedang dituturkan di negara tersebut. Antara bahasa yang terdapat di sana adalah Bahasa Tsat. Persoalannya, apakah itu Bahasa Tsat?
APAKAH ITU BAHASA TSAT?
Bahasa Tsat adalah sebuah bahasa yang dituturkan oleh 4000 daripada 6000 orang Utsul di kawasan paling selatan Pulau Hainan. Dalam bahasa, Tsat dikelaskan sebagai keluarga Austronesia.
BAHASA NADA
Bahasa Tsat adalah antara bahasa yang mempunyai nada dalam keluarga Austronesia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “nada” ditakrifkan sebagai “bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap”.
Terdapat lima (5) nada dalam Bahasa Tsat. Nada tersebut adalah tinggi, menurun, menaik, rendah dan sederhana. Kelima-lima nada tersebut masing-masing ditandakan dengan nombor iaitu 55, 42, 24, 11 dan 33. Makna akan berubah sepenuhnya sekiranya tersalah nada.
PERALIHAN BUNYI DARI PROTO-CHAMIK
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Proto-Chamik (PC) adalah kajian bahasa purba yang telah melahirkan bahasa moden iaitu Tsat, Cham, Aceh dan sebagainya. Untuk pengetahuan, PC adalah anak kepada Proto-Malayo-Polinesia (PMP) di mana PMP adalah anak kepada Proto-Austronesia (PAN).
Contoh perkataan yang terdapat dalam Proto-Chamik adalah *lima, *jala:n dan *bɔh. Ketiga-tiga perkataan purba itu masing-masing membawa maksud “lima”, “jalan” dan “buah”.
Perkataan *lima adalah antara yang diwarisi dalam Bahasa Tsat. Perkataan purba tersebut telah berubah menjadi “ma33”. Mereka tidak kehilangan bunyi “li”. Mereka mengekalkan bunyi “ma” lalu diikuti oleh nada sederhana.
Perkataan *jala:n telah berubah menjadi “kia55 la:n11”. Bunyi “ja” dalam Proto-Chamik berubah menjadi “kia” manakala bunyi “la:n” dikekalkan. Bunyi “kia” dan “la:n” masing-masing diikuti oleh nada tinggi dan rendah.
Perkataan *bɔh telah berubah menjadi “pʰo55”. Bunyi Hentian Dua Bibir Tidak Bersuara [p] telah berubah menjadi Hentian Dua Bibir Beraspirasi Tidak Bersuara [pʰ]. Bunyi “pʰo” diikuti oleh nada tinggi.
CONTOH AYAT DALAM BAHASA TSAT
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Tsat adalah “ʔa11”, “ka:n33” dan “ŋa:n33”. Ketiga-tiga perkataan tersebut masing-masing membawa maksud “ayah”, “ikan” dan “tangan”.
Contoh ayat dalam Bahasa Tsat untuk perkataan “ʔa11” adalah “ʔa11 sa33 sa:ŋ33”. Ayat tersebut membawa maksud “Rumah ayah”. Secara harfiahnya, ayat tersebut berbunyi “ayah punya rumah”. Perkataan “ʔa11” adalah sepadan dengan perkataan “abah” dalam Bahasa Melayu.
Contoh ayat dalam Bahasa Tsat untuk perkataan “ka:n33” adalah “ʔia33ʔbeʔ24 sa33 ka:n33”. Ayat tersebut membawa maksud “Ikan sungai”. Secara harfiahnya, ayat tersebut berbunyi “sungai punya ikan”. Perkataan “ka:n33” adalah sepadan dengan perkataan “ikan” dalam Bahasa Melayu.
Contoh ayat dalam Bahasa Tsat untuk perkataan “ŋa:n33” adalah “ŋa:n33 kau33 kiʔ24”. Ayat tersebut membawa maksud “Tangan saya sakit”. Secara harfiahnya, ayat tersebut berbunyi “tangan saya sakit”. Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sepadan dengan perkataan “tangan”, “aku” dan “sakit” dalam Bahasa Melayu.
BAHASA YANG TERHAMPIR
Secara teorinya, bahasa yang terhampir dengan Bahasa Tsat adalah Aceh dan Cham. Ketiga-tiga bahasa tersebut adalah bahasa Chamik. Sila bandingkan perkataan dalam Proto-Chamik dengan ketiga-tiga bahasa tersebut.
Proto-Chamik: *lima
Bahasa Tsat: ma33
Bahasa Aceh: limong
Bahasa Cham: lamư
Proto-Chamik: *jala:n
Bahasa Tsat: kia55 la:n11
Bahasa Aceh: ret
Bahasa Cham: jalan
Proto-Chamik: *bɔh
Bahasa Tsat: pʰo55
Bahasa Aceh: boh
Bahasa Cham: bôh
Adakah anda nampak persamaannya? Untuk pengetahuan perkataan “boh” dalam Bahasa Aceh membawa maksud “telur”.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara maklumat tentang Bahasa Tsat. Masa berlalu, bahasa ini telah mengalami penadaan (tongenesis) kerana pengaruh sekeliling.
Apakah yang kami tertinggal tentang Bahasa Tsat? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan di bawah.
RUJUKAN
National Bureau of Statistics of China. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari http://data.stats.gov.cn/
List of countries and dependencies ranked by area. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://
Most Populous Countries in the World (2020). Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://
China and its Neighbours: troubled relations. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari http://
20 countries most languages. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://www.vistawide.com/
Dewan Bahasa dan Pustaka: Nada. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://prpm.dbp.gov.my/
ABVD: Proto-Chamik. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://abvd.shh.mpg.de/
ABVD: Hainan Cham. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari https://abvd.shh.mpg.de/
Contact Induced Variation and Syntactic Change in the Tsat of Hainan. Dicapai pada 28hb Julai 2020 dari http://