Bahasa Korea adalah sebuah bahasa Koreanik yang dituturkan oleh 63 juta orang di Korea Selatan, Korea Utara, China, Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan dan China. Bahasa tersebut masing-masing dikenali sebagai Hanguk-eo (한국어/韓國語) dan Chosŏn-mal (조선말/朝鮮말) di Korea Selatan dan Korea Utara.
Bahasa Jepun adalah sebuah bahasa Japonik yang dituturkan oleh 128 juta orang di Jepun, Brazil, Amerika Syarikat, Peru, Argentina, Australia, Kanada, Filipina dan Taiwan. Untuk pengetahuan semua, bahasa tersebut dikenali sebagai Nihongo (日本語) dalam sebutan asal.
Bahasa Tamil adalah sebuah bahasa Dravidian yang dituturkan oleh 67.5 juta orang di India, Sri Lanka, Malaysia, United Kingdom, Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Perancis dan Mauritius. Untuk pengetahuan semua, bahasa tersebut dikenali sebagai ˈtæmɪl (தமிழ்) dalam sebutan asal.
MEREKA ADALAH SERUMPUN (?)
“Bahasa Korea, Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil itu adalah serumpun!”. Barangkali para pembaca akan tergelak dengan kenyataan itu. Percaya ataupun sebaliknya, terdapat seorang pakar yang membuat kajian itu. Pakar yang dimaksudkan ialah Homer Bezaleel Hulbert (1863-1949).
Hulbert adalah seorang mubaligh, wartawan dan aktivis politik yang berasal dari Amerika Syarikat ataupun lebih tepat lagi di bandar New Harvent, Vermont. Beliau adalah orang pertama di dunia yang membuat kajian tentang rumpun bahasa berkenaan dengan nama “Dravido-Koreo-Japonik”.
Rumpun “Dravido-Koreo-Japonik” terdiri daripada tiga keluarga iaitu Dravidian, Koreanik dan Japonik. Ini bermakna, Tamil dan Telegu, Korea dan Jeju serta Jepun dan Okinawa adalah antara bahasa yang dihimpunkan di bawah satu bumbung menurut kajian Hulbert pada tahun 1905.
Terdapat beberapa dalil yang membuktitkan kewujudan rumpun bahasa tersebut. Selain Hulbert, rumpun ini juga dikaji oleh pakar bahasa dari Jepun iaitu Susumu Ōno (1919-2008) dan Profesor Tsutomu Kambe.
BAHASA PERLEKATAN
Dalil pertama yang membuktikan kewujudan rumpun berkenaan adalah perlekatan. Perlekatan secara ringkasnya adalah sebuah pembentukan perkataan dengan gabungan kata dasar tanpa mengubah ejaan dan bunyi.
“legboldogabbaknak” adalah contoh ayat dalam Bahasa Korea ayat tersebut membawa maksud “kepada yang paling gembira”. Ayat tersebut adalah cerakin kepada “leg”, “boldog”, “abb”, “ak” dan “nak” yang masing-masing membawa maksud “paling”, “gembira”, “lebih”, “kepada”, “yang”.
“Tabetakunakatta” adalah contoh ayat dalam Bahasa Jepun. Ayat tersebut membawa maksud “tidak mahu makan”. Ayat tersebut adalah cerakin kepada “tabe”, “tai”, “kunai”, “katta” yang masing-masing membawa maksud “makan”, “mahu”, “tidak” dan “tidak”.
“Pōkamuṭiyātavarkaḷukkāka” adalah contoh ayat dalam Bahasa Tamil. Ayat tersebut membawa maksud “bagi mereka yang tidak boleh pergi”. Ayat tersebut adalah cerakin kepada “pōka”, “muṭi”, “yāt”, “a”, “var”, “kaḷ”, “ukk” dan “āka” yang masing-masing membawa maksud “pergi”, “selesai”, “tidak”, “partisip”, “dia”, ” jamak”, “bagi” dan “bagi”.
Persamaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah, ayat mereka mempunyai kecenderungan untuk bertambah panjang untuk menyampaikan sesuatu maklumat.
BAHASA SOV
Dalil kedua yang membuktikan kewujudan rumpun berkenaan adalah susunan ayat SOV. SOV adalah singkatan kepada Subject, Object dan Verb. Pertimbangkan ayat di bawah.
“Naneun bab-eul meogneunda” adalah contoh ayat dalam Bahasa Korea. Ayat tersebut membawa maksud “Saya makan nasi”. Dalam tatabahasa Korea, ayat tersebut secara harfiahnya bermaksud “saya nasi makan”.
“Watashi wa gohan o tabemasu” adalah contoh ayat dalam Bahasa Jepun. Ayat tersebut membawa maksud “Saya makan nasi”. Dalam tatabahasa Jepun, ayat tersebut secara harfiahnya bermaksud “saya nasi makan”.
“Nāṉ arici cāppiṭukiṟēṉ” adalah contoh ayat dalam Bahasa Tamil. Ayat tersebut membawa maksud “Saya makan nasi”. Dalam tatabahasa Tamil, ayat tersebut secara harfiahnya bermaksud “saya nasi makan”.
Secara umumnya, ayat dalam ketiga-tiga bahasa tersebut bermula dengan orang yang dibincangkan (saya) lalu diikuti oleh benda yang ditindakkan oleh subjek (nasi) dan kata kerja (makan).
PERBENDAHARAAN KATA
Seorang Professor warganegara Jepun yang bernama Tsutomu Kambe telah menemui 500 perkataan yang sepadan dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Jepun. Sebagai contoh, “kami” dalam Bahasa Jepun adalah sepadan dengan “kama” dalam Bahasa Tamil. “kami” bermaksud “tuhan” manakala “kama” adalah dewa keinginan dalam mitos hindu.
Pakar Bahasa yang bernama Clippinger telah menemui 408 perkataan yang sepadan dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Korea. Sebagai contoh, “pul” dalam Bahasa Korea adalah sepadan dengan “pul” dalam Bahasa Tamil. “pul” membawa maksud “rumput” dalam kedua-dua bahasa berkenaan.
Untuk pengetahuan semua, perkataan tersebut adalah antara konsep asas dalam bahasa. Sepatutnya, perkataan tersebut tidak dipinjam daripada luar.
STATUS RUMPUN DRAVIDO-KOREO-JAPONIK
Bukan sahaja Bahasa Korea, Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil, separuh daripada bilangan bahasa di seluruh dunia menggunakan susunan ayat SOV. Menurut statistik, terdapat kekurangan bilangan persamaan perkataan dalam ketiga-tiga bahasa. Untuk hubungan genetik dan sejarah pun sama juga.
Dengan kata lain, kajian mengenai rumpun ini ditolak oleh sebahagian besar pakar bahasa.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara persamaan antara Bahasa Korea, Jepun dan Tamil secara ringkas. Walaupun ditolak, kajian ini tidak kurang menarik untuk dipelajari kita sebagai orang biasa yang tiada asas dalam bidang bahasa.
RUJUKAN:
Omniglot: Korean. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/writing/korean.htm
Omniglot: Japanese. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/writing/japanese.htm
Omniglot: Tamil. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari https://www.omniglot.com/writing/tamil.htm
Homer Hulbert Bezaleel. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari http://www.bu.edu/missiology/missionary-biography/g-h/hulbert-homer-bezaleel-1863-1949/
Ohno, Susumu (1970). The Origin of the Japanese Language. Journal of Japanese studies.
Clippinger, Morgan E. (1984). “Korean and Dravidian: Lexical Evidence for an Old Theory”. Korean Studies. 8: 1–57.
Researchers find tamil connection in Japanese. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari https://m.timesofindia.com/city/chennai/researchers-find-tamil-connection-in-japanese/articleshow/7308952.cms
Origin Theories of Korean Language. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari http://linguistics.byu.edu/classes/Ling450ch/reports/korean.html
Korean and Tamil Historical Link. Dicapai pada 5hb Mac 2020 dari https://www.google.com/amp/s/aminoapps.com/c/k-drama/amp/blog/korean-and-tamil-historical-link/7ens_Pu4ENgY40Wnxp7R4r6XQGKvmkW
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih