Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.
Bahasa Rojak adalah sejenis percakapan di Malaysia yang melibatkan peralihan kod. Bahasa tersebut mencampurkan pelbagai perkataan dari pelbagai bahasa dalam satu ayat. Walaubagaimanapun, bahasa tersebut dasarnya ialah Bahasa Melayu.
Bahasa Gaul adalah sejenis percakapan di Indonesia yang melibatkan peralihan kod. Bahasa tersebut mencampurkan pelbagai perkataan dari pelbagai bahasa dalam satu ayat. Walaubagaimanapun, bahasa tersebut dasarnya ialah Bahasa Indonesia.
Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Rojak dengan Bahasa Gaul? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.
Tumpuan penulis untuk Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul adalah yang masing-masing digunakan di Kuala Lumpur dan Jakarta. Untuk pengetahuan semua, Kuala Lumpur dan Jakarta masing-masing adalah ibu negara Malaysia dan Indonesia.
NAMA BAHASA
Perhatikan nama dalam kedua-dua bahasa tersebut. Nama tersebut ialah “Bahasa Rojak” dan “Bahasa Gaul”.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”. Perkataan “bahasa” berasal daripada Sanskrit, “bhāsā (भाषा)”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “rojak” telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang bercampur aduk”.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “gaul” telah ditakrifkan sebagai “campur”.
Bahasa Rojak dam Bahasa Gaul secara harfiahnya bermaksud “sistem lambang bunyi yang bercampur aduk yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
PENGARUH
Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul pada hakikatnya mempunyai pengaruh yang berbeza. Pengaruh tersebut bergantung kepada persekitaran penutur itu.
Bahasa Rojak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris, Cina, dan India. Contoh pengaruh Cina ialah Mandarin, Kantonis, dan Hokkien. Contoh pengaruh India ialah Tamil, dan Malayalam.
Bahasa Gaul dipengaruhi oleh bahasa suku, Hokkien, Belanda dan Inggeris. Contoh pengaruh bahasa suku ialah Betawi, Sunda, dan Jawa. Kadangkala perkataan Gaul tidak diketahui asal-usulnya.
BUNYI “R”
Berdasarkan deria pendengaran penulis, Bahasa Rojak menggantikan bunyi “R” kepada “L”. Bunyi “L” yang digunakan ialah Malaran Tak Geser Sisian Gusi [l].
Berdasarkan deria pendengaran penulis, Bahasa Gaul mengekalkan bunyi “R” dari Bahasa Indonesia Baku. Bunyi “R” yang digunakan ialah bunyi “Getaran Gusi [r]”.
Pertimbangkan perkataan yang bermaksud “rezeki” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Perkataan itu masing-masing diterjemahkan menjadi “lejeki” dan “rejeki” dalam Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul.
Begitu juga dengan perkataan “rasa”. Bahasa Rojak menyebut perkataan tersebut sebagai “lase”, manakala “rasa” dalam Bahasa Gaul.
ANALISIS AYAT SATU
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Adakah pakcik tidak meredai takdir Tuhanmu?”
Bahasa Rojak:
Uncle ni talak léde same lu punye Tuhan punye takdé ke?
Bahasa Gaul:
Apa iya om gak ngeridoin takdir Tuhan om?
Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul masing-masing menggunakan “uncle” dan “om” untuk bapa saudara atau lelaki tua. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing berasal daripada Inggeris dan Belanda.
Bahasa Rojak tidak menggunakan imbuhan dalam perkataan “léde”. Perkataan “rido” dalam Gaul adalah berimbuhan. Kedua-dua perkataan tersebut adalah berasal daripada perkataan “reda”.
Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul masing-masing menggunakan “takdé” dan “takdir” untuk “takdir”. Perkataan “ir” menjadi bunyi e-taling (é) dalam Bahasa Rojak. Bahasa Gaul pula mengekalkan bunyi “ir”.
Perkataan “talak” dipercayai berasal daripada “tidak ada”, manakala “nggak” daripada “enggak”. Perkataan “enggak” adalah sepadan dengan perkataan “inda” dan “hindi” dalam Sarawak dan Tagalog.
Bahasa Rojak menggunakan perkataan “punye” untuk menunjukkan genitif. Perkataan “punye” adalah sama fungsi dengan “aprosphe s” (‘s) dalam Bahasa Inggeris.
ANALISIS AYAT DUA
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Hai abang, marilah kita minum teh bersama”.
Bahasa Rojak:
Hei macha, jom yumcha together lah.
Bahasa Gaul:
Hei bang, yuk kita ngetéh bareng.
Perkataan “hei”, “macha”, “jom”, “yumcha”, dan “together” dalam Bahasa Rojak masing-masing berasal daripada Melayu, Tamil, Melayu, Kantonis, dan Inggeris. “yumcha” bermaksud “minum teh”.
Perkataan “bang” dalam Gaul adalah daripada “abang”. Perkataan “bareng” berasal daripada Bahasa Jawa. Imbuhan digunakan dalam perkataan “téh”. Perkataan “téh” berasal daripada Hokkien.
Perkataan “lah” Rojak merujuk kepada partikel yang menguatkan maksud. Tiada perkataan “lah” dalam Gaul.
Bahasa Rojak dan Gaul masing-masing menggunakan perkataan “jom” dan “ayuh” untuk kata ajak. Perkataan “yuk” dipercayai berasal daripada perkataan “ayuh”.
KOSA KATA UNIK
Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Rojak ialah “kencing”, “fongfekei”, “kautim”, “bungkus”, “can meh”, dan “cincai loh”. Kelima-lima perkataan tersebut bermaksud “tipu”, “batalakan temujanji”, “berurus”, “muflis”, “bolehkah”, dan “suka hati”.
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Gaul ialah “mantul”, “pansos”, “b/c”, “j/k”, “kepo”, dan “nolep”. Kelima-lima perkataan tersebut bermaksud “mantap betul”, “orang yang suka mencari perhatian”, “sebab”, “saya bergurau sahaja”, “tahu semua benda”, dan “tidak suka bergaul”.
KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA
Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.
Bolehkah penutur Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu, Indonesia atau sebagainya, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.
Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Rojak, dan Bahasa Gaul. Kedua-dua bahasa tersebut pada hakikatnya mempunyai pengaruh yang pelbagai mengikut tempat.
Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.
Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.
TAMAT.
RUJUKAN
Temubual penulis dengan pengguna Bahasa Rojak dan Bahasa Gaul.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan
Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa
Bahasa Rojak. Dicapai pada 6hb November 2021 dari http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/bahasa-rojak.html?m=1
The Indonesian Language. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://youtu.be/749dhnXdYXQ
Loanword in Indonesian and Malaysian. Dicapai pada 6hb November 2021 dari http://sealang.net/indonesia/lwim/
Dewan Bahasa dan Pustaka: Rojak. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=rojak
KBBI Daring: Gaul. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/gaul
60 Bahasa Rojak Every Malaysian Will Know #Merdeka60. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://www.google.com/…/blog/bahasa-rojak-malaysian/amp
53 Kata Singkatan Gaul 2020, Wajib Diketahui Agar Tetap Kekinian. Dicapai pada 6hb November 2021 dari https://m.merdeka.com/…/53-kata-singkatan-gaul-2020…