Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.

Bahasa Melayu Terengganu dituturkan oleh 1.1 juta orang di Malaysia. Bahasa tersebut boleh ditemui di Terengganu, Kuantan, Mersing, dan Tanjung Sedili. Untuk pengetahuan semua: Kuantan, Mersing, dan Tanjung Sedili masing-masing terletak di negeri Pahang, Johor, dan Johor.

Sebagaimana bahasa lain, Bahasa Melayu Terengganu juga mempunyai “dialeknya” yang tersendiri. Dialek yang dimaksudkan ialah Hilir Terengganu, dan Hulu Terengganu. Persoalannya, apakah itu Hilir Terengganu dan Hulu Terengganu?

HILIR TERENGGANU VS HULU TERENGGANU

Hilir Terengganu dituturkan di Pesisir Setiu, Pesisir dan tepian Sungai Terengganu, Pesisir Marang, Pesisir Dungun, Pesisir Kemaman, Pesisir Kuantan, Kuala Pahang, Kuala Rompin, Pesisir Mersing, dan Sedili Besar.

Hulu Terengganu pula dituturkan di bahagian bawah Kuala Berang. Dialek ini juga terdapat di sekitar Tasik Kenyir dan hulu-hulu sungai.

Apakah persamaan ataupun perbezaan antara Hilir Terengganu dan Hulu Terengganu? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

PENGHUJUNG PERKATAAN


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Antara perbandingan yang dapat dilihat antara Hilir Terengganu dan Hulu Terengganu ialah penghujung perkataannya. Hilir Terengganu menggunakan penghujung e-pepet, manakala Hulu Terengganu menggunakan penghujung e-taling.

Antara perkataan e-pepet dalam Hilir Terengganu ialah “bakpe”, “déme”, “mane”, dan “guane”. Manakala antara perkataan e-taling dalam Hulu Terengganu ialah “bakpé”, “démé”, “mané”, dan “guané”. Perkataan tersebut masing-masing bermaksud “kenapa”, “kamu”, “mane”, dan “bagaimana”.

BUNYI “R”

Untuk pengetahuan semua, Hilir Terengganu mempunyai bunyi “R”. Bunyi “R” dalam bahasa tersebut adalah dinamakan sebagai “Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ɣ]”.

Untuk pengetahuan semua, Hulu Terengganu mempunyai bunyi “R”. Bunyi “R” dalam bahasa tersebut adalah dinamakan sebagai “Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ɣ]”.

Lelangit lembut dan belakang lidah terlibat dalam membunyikan bunyi tersebut. Bunyi berkenaan adalah serupa dengan bunyi ghain (غ) dalam Bahasa Arab.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Irfan belajar di Kuantan”.

Hilir Terengganu:
Ipang belajo Kuatang.

Hulu Terengganu:
Ipang belajo Kuatang.

Kedua-dua bahasa tersebut menggantikan bunyi “f” kepada “p”. Ini dapat dilihat pada perkataan “Ipang”. Perkataan tersebut membawa maksud “Irfan”.

Perkataan yang berakhir dengan “-ar” dalam Melayu baku sepadan dengan “-o” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ini dapat dilihat pada perkataan “belajo”. Perkataan tersebut membawa maksud “belajar”.

Perkataan yang berakhir dengan “-n” dalam Melayu baku sepadan dengan “-ng” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ini dapat dilihat pada perkataan “Kuatang”. Perkataan tersebut membawa maksud “Kuantan”.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Izzul berasal dari Losong”.

Hilir Terengganu:
Izzul asa dari Losong.

Hulu Terengganu:
Izzoul asa darai Lusoung.

Hilir Terengganu menggunakan perkataan “Izzul”, “dari”, dan “Losong”. Manakala Hulu Terengganu menggunakan perkataan “Izzoul”, “darai”, dan “Lusoung”.

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai perkataan “asa”. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Arab iaitu “ʾaṣl (اصل)”.

Hulu Terengganu mempunyai diftong. Diftong merujuk kepada gabungan dua bunyi vokal dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Bunyi “ai” dan “ou” adalah antara diftong dalam bahasa tersebut.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Syazwan suka mendaki gunung”.

Hilir Terengganu:
Syazwang berahi kkabak gunung.

Hulu Terengganu:
Syazwang berahai kkabak gunoung.

Perkataan yang berakhir dengan “-n” dalam Melayu baku sepadan dengan “-ng” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ini dapat dilihat pada perkataan “Syazwang”. Perkataan tersebut membawa maksud “Syazwan”.

Hilir Terengganu menggunakan perkataan “berahi” dan “gunung”. Manakala Hulu Terengganu menggunakan perkataan “berahai” dan “gunoung”. Perkataan “berahi” dan “berahai” berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “virahin (विरहिन्)”.

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai perkataan “kkabak”. Perkataan tersebut membawa maksud “mendaki”. Sejujurnya penulis tidak menemui asal-usul perkataan berkenaan.

KOSA KATA UNIK

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.

Antara perkataan yang terdapat dalam Hilir Terengganu ialah “koto belokong”, “beg keleper”, “pitih”, “nanang”, dan “kuning sio”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “sangat kotor”, “beg duit”, “duit”, “tanam”, dan “terlalu kuning”.

Antara perkataan yang terdapat dalam Hulu Terengganu ialah “apauh”, “su’su'”, “ruhok”, “keliraik”, dan “tekle”. Kelima-lima perkataan tersebut masing-masing bermaksud “tenggelam”, “akhir sekali”, “sangat sukar”, “cengkerik”, dan “itu juga”.

KUIZ AYAT TERENGGANU

Pertimbangkan ayat berikut. Dapatkah anda meneka maksud ayat tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

“Mung dok kena Batang Jjuta.”
“Ahmad omo due puluh lime taung.”

Untuk pengetahuan semua, “Batang Jjuta” merujuk kepada nama tempat dan bukannya istilah tidak sepatutnya.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Hilir Terengganu dan Hulu Terengganu dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Hilir Terengganu dan Hulu Terengganu. Perlu diingatkan, mereka adalah adik-beradik dengan Johor-Riau yang beribu-bapakan Proto-Malayik.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.

Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

TAMAT.

RUJUKAN:

Temubual penulis dengan penutur Bahasa Melayu Hilir Terengganu dan Bahasa Melayu Hulu Terengganu.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan

Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa

The Sound of the Terengganu Malay language. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari https://youtu.be/z0CNheF1kF8
Loanword in Indonesian/Malay. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari http://sealang.net/lwim/

Mari mengenali dialek Kuala Berang. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari https://carigold.com/…/mari-mengenali-dialek-kuala…/

Perbandingan Dialek Kuala Terengganu dengan Bahasa Melayu standard dari segi linguistik. Dicapai pada 10hb Mei 2022 dari https://carigold.com/…/mari-mengenali-dialek-kuala…/

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply