Setiap kali Tahun Baru Cina, kita semua tahu yang suasana perayaan ini cukup meriah dengan warna merah di mana-mana. Tak cukup dengan warna merah, kita juga akan bertemu dengan satu hiasan yang ikonik iaitu tanglung.
Tanglung umunya akan digantung di rumah, kedai, dan jalanan, sambil memancarkan bercahaya indah di waktu malam. Tapi pernah tak terfikir, dari mana datangnya tradisi tanglung ini? Kenapa ia begitu sinonim dengan budaya Cina?
Tanglung sebenarnya bukan sekadar hiasan. Tanglung ada sejarah yang panjang, dipercayai bermula sejak zaman Dinasti Han lebih 2,000 tahun lalu. Pada awalnya, ia digunakan sebagai sumber cahaya, sebelum lilin dan lampu minyak wujud. Tetapi lama-kelamaan, tanglung mula digunakan dalam perayaan dan ritual keagamaan, terutama di kuil-kuil Buddha.
Salah satu cerita yang dikaitkan dengan asal-usul tradisi tanglung ialah berasal daripad perintah Maharaja Han Mingdi. Baginda yang memeluk agama Buddha mengarahkan rakyatnya menggantung tanglung di kuil sebagai tanda penghormatan kepada Buddha. Dari situ, tradisi ini berkembang dan akhirnya melahirkan Perayaan Tanglung (Chap Goh Mei) yang diraikan hingga hari ini.
Selain itu, ada kepercayaan bahawa tanglung digunakan untuk menghalau roh jahat. Masyarakat Cina purba percaya bahawa cahaya boleh menakutkan makhluk halus, jadi mereka mula menggantung tanglung di luar rumah untuk mengelakkan gangguan. Dari simbol perlindungan, tanglung kemudian menjadi lambang tuah dan kemakmuran.
Tanglung juga pernah digunakan dalam perang! Zhuge Liang iaitu seorang ahli strategi terkenal pada zaman Tiga Kerajaan, dikatakan menggunakan tanglung Kongming (tanglung udara) untuk menghantar mesej kepada tenteranya. Inilah permulaan kepada konsep belon udara panas yang kita kenal hari ini.
Kini, tanglung menjadi simbol budaya Cina yang merentasi generasi. Dari tanglung kertas tradisional hingga tanglung moden yang diterangi LED, Tanglung kekal menjadi lambang harapan, kebahagiaan, dan kemeriahan perayaan.
Jadi bila anda melihat tanglung menyala di langit atau tergantung di rumah, ingatlah bahawa ia membawa sejarah dan makna yang lebih mendalam daripada sekadar cahaya.
—-
Sekarang anda sudah belajar pasal budaya Tanglung dalam budaya Cina!
Apa kata, anda terus belajar pasal Tamadun Cina!
Tak tahu nak mula dekat mana?
Boleh mula dengan: KITAB TAMADUN CINA!
Berita baik untuk anda: dapatkan segera dengan DISKAUN sempena Jualan Tahun Baru Cina!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.