Ramai cakap nak jadi power macam Ronaldo, kena work hard. Sebenarnya tak juga sebab Ronaldo adalah seorang yang work smart.
Betul ke benda tu?
Macam yang kita semua tahu, Ronaldo adalah seorang yang suka gelecek semasa zaman mudanya. Bayangkan defend hebat macam Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand kena ayam-ayam je dengan Ronaldo.
Lepas tu Manchester United beli dia. Dekat situ dia mula meletop. Sebab gelecekan Ronaldo ni membuatkan ramai defend jadi tunggul je. Dekat situ juga Ronaldo berjaya bangunkan sepakan jarak jauh dan sepakan percuma.
Masuk je Real Madrid, corak permainan Ronaldo ni semakin berubah. Sebab dia dah kurang dribble dan lebih direct ke depan. Bermakna Ronaldo banyak memainkan peranan centre forward. Sampai satu tahap Benzema pun terpaksa berkorban dengan memberikan banyak assist kepada Ronaldo.
Bila Ronaldo makin berusia, peranan dia sekali lagi berubah. Sekarang ni kalau korang tengok dia banyak berjalan dan berfungsi untuk jaringkan gol sahaja. Tengok sahajalah berapa banyak penalti dia ambil.
Persoalannya kenapa peranan dia atas padang makin berubah? Rasa lebih elok dia teruskan gelecek pertahanan pihak lawan.
Dekat sinilah kita boleh katakan Ronaldo merupakan seorang yang work smart. Sebab dia tak paksa diri untuk jadi lebih power dan hanya bermain mengikut kemampuan dia.
Ye lah masa muda dulu sedap lah nak gelecek pihak lawan. Boleh buat gol jarak jauh dan lari laju. Tapi bila dah berusia, Ronaldo tak boleh beraksi sama seperti ketika muda.
Apa yang dia buat adalah dengan mengenalpasti peranan dalam padang mengikut kemampuan dia. Sebab korang nampak dia macam tak wujud dalam padang. Tapi tahu-tahu dapat gol.
Jadi dia tetap berfungsi walaupun dia sudah tak mampu jadi macam dulu. Bayangkan lah umur dah 40 tahun pun masih nak menggelecek lagi. Mesti tak lepas.
Kesimpulannya, kita semua kenal peranan berdasarkan kemampuan sendiri. Jangan disebabkan korang mampu buat benda tu masa muda, korang rasa masih lagi boleh.




No comments yet