Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.
Bahasa Rusia dituturkan oleh 260 juta orang di Rusia, Belarus, Kazakhstan and Kyrgyzstan, Tajikistan, Moldova, Gagauzia, Abkhazia, Ossetia Selatan, Transnistria, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Romania, Finland, Norway, Armenia, Poland, Czech, Slovakia, Turkmenistan, dan Uzbekistan.
Bahasa Ukraine dituturkan oleh 40 juta orang di Ukraine, Brazil, Amerika Syarikat, Jerman, Itali, Moldova, Crimea, Transnitra, Belarus, Bosnia Herzegovina, Croatia, Czechia, Hungary, Moldova, Poland, Romania, Serbia, dan Slovakia.
Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Rusia dengan Bahasa Ukraine? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.
NAMA BAHASA
Bahasa Rusia dikenali sebagai “Russkiy Yazik (Русский язык)”. Perkataan “Russ” berasal daripada Proto-Finnik, *rootsi yang bermaksud “orang dari pesisir Roþrin”. Perkataan “yazik” bermaksud “lidah”. Justeru, nama asal tersebut bermaksid “Lidah orang dari pesisir Roþrin”.
Bahasa Ukraine dikenali sebagai “Ukrajínsʹka Mova (українська мова)”. Kata dasar “Ukrajina” berasal daripada Slavik Timur Kuno, “Ukraina (оукраина)” yang bermaksud “di hujung”. Perkataan “mova” bermaksud “ucapan”. Justeru, nama asal tersebut bermaksid “Ucapan di Hujung”.
SISTEM TULISAN
Bahasa Rusia dan Ukraine menggunakan sistem tulisan yang sama. Tulisan tersebut bernama Kiril. Tulisan tersebut ditulis secara melintang dari kiri ke kanan.
Bahasa Rusia mempunyai 33 huruf, manakala Bahasa Ukraine mempunyai 34 huruf. Huruf tersebut masing-masing dikenali sebagai “Russkyi Alfavit (русский алфавит)”, dan “Ukrainka abetka (українська абетка)”.
NAMA BULAN
Perkataan “Yanvár’ (Январь)” bermaksud “Januari” dalam Bahasa Rusia. Nama bulan tersebut berasal daripada Latin, “IANVS” iaitu nama dewa dalam Mitologi Rom.
Perkataan “Syitchen (січень)” bermaksud “Januari” dalam Bahasa Ukraine. Nama bulan tersebut berasal daripada Proto-Slavik, *sěťi yang bermaksud “potong”.
Bahasa Rusia menggunakan istilah asing untuk penamaan 12 bulan mereka. Manakala Ukraine menggunakan istilah jati. Jati di sini bermaksud istilah Slavik.
NAMA DAN SEBUTAN “VLADIMIR PUTIN”
Vladimir Putin ialah presiden di Persekutuan Rusia. Beliau lahir pada 7 Oktober 1952. Anak kelahiran Leningrad, Kesatuan Soviet ini menjadi presiden sejak 7 Mei 2012. Nama penuh beliau ialah Vladimir Vladimirovich Putin.
Nama beliau dieja dalam Bahasa Rusia menjadi “Vladimir Putin (Владимир Путин)”. Manakala dalam Bahasa Ukraine menjadi “Volodymyr Putin (Володимир Путін)”
ANALISIS AYAT SATU
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Nama saya Irfan”.
Bahasa Rusia:
Menya zovut Irfan.
(Меня зовут Ирфан.)
Bahasa Ukraine:
Mene zvaty Irfan.
(Мене звати Ірфан.)
Perkataan “menya” bermaksud “dari saya”. Perkataan “zovut” berasal dari “zvatj (звать)” yang bermaksud “panggil”. Frasa Rusia tersebut secara harfiahnya bermaksud “Dari saya panggil Irfan”.
Perkataan “mene” bermaksud “dari saya”. Perkataan “zvaty” bermaksud “panggil”. Frasa Ukraine tersebut secara harfiahnya bermaksud “Dari saya panggil Irfan”.
Perhatikan nama Irfan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mereka mempunyai ejaan yang sedikit berlainan.
ANALISIS AYAT DUA
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Izzul berasal dari Losong.”
Bahasa Rusia:
Izzul iz Losongi.
(Иззул из Лосонги.)
Bahasa Ukraine:
Izzul rodom iz Losongyi.
(Іззул родом із Лосонгї.)
Perhatikan nama Izzul dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mereka mempunyai ejaan yang sedikit berlainan.
Perkataan “iz” bermaksud “dari”. Perkataan “Losongi” berasal dari “punya Losong”. Frasa Rusia tersebut secara harfiahnya bermaksud “Izzul dari punya Losong”.
Perkataan “rodom” dan “iz” masing-masing bermaksud “lahir” dan “dari”. Perkataan “Losongyi” berasal dari “punya Losong”. Frasa Ukraine tersebut secara harfiahnya bermaksud “Izzul lahir dari punya Losong”.
ANALISIS AYAT TIGA
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Syazwan sedang mendaki Gunung Kerunai.”
Bahasa Rusia:
Shazvan podnimayetsya na goru Kerunay.
(Шазван поднимается на гору Керунай.)
Bahasa Ukraine:
Shazvan pidnimayetʹsya na horu Kerunay.
(Шазван піднімається на гору Керунай.)
Perhatikan nama “Syazwan” dan “Kerunai” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mereka mempunyai ejaan yang sama.
Perkataan “podnimayetsya”, “na”, dan “goru” masing-masing bermaksud “dia panjat”, “di”, dan “gunung”. Frasa Rusia tersebut secara harfiahnya bermaksud “Syazwan dia panjat di Gunung Kerunai”.
Perkataan “pidnimayetʹsya”, “na”, dan “horu” masing-masing bermaksud “dia panjat”, “di”, dan “gunung”. Frasa Ukraine tersebut secara harfiahnya bermaksud “Syazwan dia panjat di Gunung Kerunai”.
KOSA KATA
Antara kosa kata yang terdapat dalam Bahasa Rusia ialah “Privet (Привет)”, “Spasibo (Спасибо)”, “Izvinyayus’ (Извиняюсь)”, “khleb (Хлеб)”, dan “Voda (Вода)”. Kosa kata tersebut masing-masing bermaksud “helo”, “terima kasih”, “maaf”, “roti”, dan “air”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Antara kosa kata yang terdapat dalam Bahasa Ukraine ialah “Zdravstvuyte (Здравствуйте)”, “Dyakuyu (Дякую)”, “Vybachte (Вибачте)”, “khlib (Хліб)”, dan “Voda (Вода)”. Kosa kata tersebut masing-masing bermaksud “helo”, “terima kasih”, “maaf”, “roti”, dan “air”.
KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA
Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.
Bolehkah penutur Rusia dan Ukraine dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Inggeris dan lain-lain, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.
Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Rusia, dan Bahasa Ukraine. Perlu diingatkan, mereka adalah adik-beradik Slavik Timur yang beribu-bapakan Proto-Slavik.
Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.
Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.
TAMAT.
RUJUKAN:
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan
Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa
Omniglot: Russian. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://omniglot.com/writing/russian.htm
Omniglot: Ukrainian. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://omniglot.com/writing/ukrainian.htm
How different are Russian and Ukrainian. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://youtu.be/CQLM62r5nLI
Russian Months. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari http://masterrussian.com/vocabulary/russian_months.htm
Months of the Year in Ukrainian. Dicapai pada 4hb Mac 2022 dari https://happydays365.org/months…/months-in-ukrainian/amp/
1 Comment
rasanya saling x faham,mcm bahasa melayu dgn bahasa filipina la