Sejak bayi lagi, kita telah diajar untuk bercakap. Masa berlalu, kita menempuhi alam pendidikan, dan alam pekerjaan. Sehingga dijemput Ilahi, kita akan menemui dengan bermacam jenis orang.

Saudara-mara dan sahabat handai kita bertemu. Selama sekian masa, kita saling berbual dan bertukar pendapat. Kadangkala, perbualan tersebut tidak dapat difahami kerana bentuk pertuturan yang berbeza dengan kita.

Jika seseorang ditanya akan bentuk pertuturan tersebut, pastinya beliau akan menjawab “bahasa” ataupun “dialek” lalu diikuti oleh tempat asalnya. Misalnya, jika seseorang itu berasal dari X, beliau akan menjawab “Dialek X” ataupun “Bahasa X”.

Dalam kehidupan seharian, kita barangkali tertukar antara “bahasa”, “dialek”, “loghat”, “aksen”, “telor”, dan yang sewaktu dengannya. Persoalannya, bagaimana dengan perspektif linguistik?

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

KAMUS BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “bahasa” telah ditakrifkan sebagai “sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran”.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “dialek” telah ditakrifkan sebagai “satu bentuk bahasa yang di­gunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard”.

Menurut laman sesawang persamaan kata, perkataan “dialek” adalah seerti dengan perkataan “aksen”, “bahasa”, “loghat”, dan “pelat”. Begitu juga dengan “bahasa” yang seerti dengan “aksen”, “loghat”, “patois”, dan “pelat”.

PEMISAH BAHASA DAN DIALEK?

Secara linguistiknya, apakah pemisah antara “bahasa” dan “dialek”? Adakah wujud pemisahan tersebut? Artikel ini akan menjawan sedikit persoalan kita. Bacalah dengan hati yang terbuka.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Salah satu cara untuk memisahkan antara “bahasa” dan “dialek” adalah daripada segi “kebolehfahaman bersama”. Kebolehfahaman Bersama secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu mempelajarinya.

Jika kita berkiblatkan takrifan tersebut sebagai pemisah, bentuk pertuturan lain yang kita dapat fahami akan dianggap sebagai “dialek”. Jika tidak dapat difahami, pertuturan tersebut dianggap sebagai “bahasa”.
Untuk pengetahuan semua, pengiblatan takrifan tersebut akan membawa masalah. Hal ini kerana, setiap kelompok manusia mempunyai tahap kebolehfahaman bersama yang berbeza.

Berdasarkan pengetahuan penulis sebagai penutur Muar-Batu Pahat, sangat sukar untuk kami memahami Sri Lanka, Sarawak, dan Reman. Tidak salah kami, penutur Sarawak mampu memahami kesemua penutur yang lain.

SISTEM TULISAN

Salah satu cara untuk memisahkan antara “bahasa” dan “dialek” adalah daripada segi “Sistem Tulisan”. Contoh sistem tersebut adalah Rumi, Jawi, Devanagari, Kanji, Hanzi, Hangul, dan sebagainya.

Jika kita berkiblatkan takrifan tersebut sebagai pemisah, bentuk pertuturan lain yang menggunakan sistem tulisan yang sama akan dianggap sebagai “dialek”. Sekiranya berbeza, akan dianggap sebagai “bahasa”.

Untuk pengetahuan semua, pengiblatan takrifan tersebut juga akan membawa masalah. Hal ini kerana, ada sebilangan bentuk penuturan yang berkebolehfahaman bersama tetapi mempunyai sistem tulisan yang berbeza dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, Hindi dan Urdu menggunakan sistem tulisan yang berbeza. Hindi memakai tulisan Devanagari manakala Urdu memakai tulisan Arab-Parsi yang bergaya Nastaliq. Mereka saling memahami dalam perbualan seharian, manakala dalam tulisan, mereka mengalami masalah.

Contoh lain, Mandarin dan Kantonis menggunakan sistem tulisan yang sama. Kedua-dua bentuk penuturan tersebut menggunakan tulisan Hanzi. Mereka hampir mustahil untuk memahami dalam perbualan seharian, manakala dalam tulisan, bergantung kepada penggunaan tulisannya.

POLITIK

Salah satu cara untuk memisahkan antara “bahasa” dan “dialek” adalah daripada segi “Politik”. Perkara yang mudah akan menjadi sangat berbeza sekiranya dicampuri muslihat ketatanegaraan tersebut.

Jika kita berkiblatkan takrifan tersebut sebagai pemisah, segala bentuk pertuturan lain yang berada di bawah kekuasaannya dianggap sebagai “dialek”, dan begitu juga sebaliknya.

Di Republik Rakyat China (PRC) misalnya, Kantonis, Tibet, Uyghur, Manchu dan sebagainya dianggap sebagai dialek kepada Mandarin. Kuasa pemerintahan mengatasi segalanya biarpun kesemua bentuk penuturan tersebut tidak dapat difahami.

PEPATAH BAHASA DAN DIALEK

Kepada sesiapa yang meminati bidang bahasa, barangkali kita akan menemui pepatah “Bahasa adalah dialek dengan askar dan angkatan tentera”.

Untuk pengetahuan semua, pepatah tersebut disebut oleh Max Weinreich (1894-1969). Pakar bahasa yang berasal dari Empayar Rusia (1721-1917) tersebut mempopularkan pepatah penonton syarahannya.

Biarpun begitu, pepatah tersebut dikaitkan dengan beliau. Sehingga pepatah tersebut diabadikan dalam bahasa ibundanya iaitu Yiddish. Pepatah tersebut berbunyi, “a shprakh iz a dialekt mit an armey un flot”.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel kami secara ringkas mengenai pemisah antara bahasa dan dialek. Untuk pengetahuan, tiada petunjuk sejagat yang tetap mengenai pemisahan tersebut.

Kadangkala, kajian bahasa dapat membantu mencari pemisahan bahasa dan dialek dan kadangkala politik begitu juga. Ada juga yang selama ini kita anggap “dialek” telah dinaikkan pangkat sebagai “bahasa” oleh pakar bahasa.

Pada pendapat anda, apakah pemisahan antara bahasa dan dialek yang patut kita ikuti? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada semua.

TAMAT.

RUJUKAN

Persamaan Kata: Dialek. Dicapai pada 22hb Januari 2021 dari http://m.persamaankata.com/4129/dialek

Persamaan Kata: Bahasa. Dicapai pada 22hb Januari 2021 dari https://m.persamaankata.com/1197/bahasa

Dewan Bahasa dan Pustaka: Bahasa. Dicapai pada 22hb Januari 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa

Dewan Bahasa dan Pustaka: Dialek. Dicapai pada 22hb Januari 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dialek


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


What’s the different between a dialect and a language? Dicapai pada 22hb Januari 2021 dari https://youtu.be/jIi-Ug7qo74

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.