Detektif Conan ialah sebuah karya siri penyiasatan yang dicipta oleh Gosho Aoyama. Komik, animasi, dan filem pertama tersebut masing-masing diterbitkan pada 18 Jun 1994, 8 Januari 1996, dan 19 April 1997. Ketika artikel ini ditulis, komik dan animasi ini telah melebihi 1000 episod.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Magic Kaito ialah sebuah karya yang dicipta ole Gosho Aoyama. Komik, dan animasi pertama tersebut masing-masing telah diterbitkan pada 10 Jun 1987, dan 17 April 2010. Ketika artikel ini ditulis, komik, animasi istimewa dan animasi ini masing-masing telah mencecah 36, 12, dan 24 episod.

Antara watak yang terdapat dalam kedua-dua karya kelahiran Jepun tersebut adalah Kaito Kid. Persoalannya, siapakah itu Kaito Kid?

Amaran kepada peminat setia kedua-dua siri tersebut. Artikel ini mengandungi sekurang-kurangnya satu Pengacau Tidak langsung (Indirect Spoiler). Kepada yang berkenaan, anda boleh menghentikan pembacaan artikel ini.

PENGENALAN KEPADA KAITO KID

Kaito Kid ialah seorang penc.uri yang terkenal kerana menc.uri batu permata. Beliau dikenali sebagai Kaito 1412, KID, Ahli Silap Mata Di Bawah Sinaran Bulan, Lupin Moden, Pendosa Putih, dan Ahli Sihir Terakhir Abad Ini. Dalam sebutan asal, Kaito Kid dikenali sebagai “Kaitō Kiddo (怪盗 キッド)”.

Di sebalik individu yang memakai serba putih, beliau ialah seorang pelajar sekolah menengah. Nama sebenar beliau ialah Kaito Kuroba (黒羽 快斗). Kaito Kuroba juga pandai dalam silap mata. Di sebalik IQ 400nya, beliau gemar mencari masalah dengan pelajar perempuan.

Pada hari Kaito Kid kembali, Kaito Kuroba secara tidak sengaja telah menemui sebuah bilik rahsia di rumahnya. Bilik rahsia tersebut telah mendedahkan identiti bapanya iaitu Toichi Kuroba (黒羽 盗一) sebagai Kaito Kid pertama. Bapanya telah kembali ke negeri abadi.

Kaito Kuroba memakai pakaian Kaito Kid pertama untuk mencari identiti Kaito Kid kedua. Setelah bertemu, Kaito Kid kedua telah mendedahkan identitinya sebagai pembantu Toichi, Konosuke Jii (寺井黄之助). Konosuke telah mendedahkan punca kembalinya Toichi ke negeri abadi.

Konosuke Jii terpaksa memakai pakaian Kaito Kid untuk mencari orang berkenaan. Kaito Kuroba menyambung legasi Kaito Kid pertama. Konosuke Jii berperanan sebagai pembantunya.

Akhirnya, Kaito Kuroba telah berjaya menemui pihak yang mengembalikan bapanya ke negeri abadi. Sebuah organisasi yang misteri sedang mencari Pandora, sejenis batu permata yang akan mengeluarkan air mata apabila Komet Volley melintasi bumi pada setiap 10 ribu tahun.

Sesiapa yang meminum air mata tersebut akan dijanjikan hidup abadi. Dengan petunjuk batu permata akan mengeluarkan sinaran merah di bawah bulan penuh, Kuroba Kaito perlu mencarinya untuk menghalang organisasi berkenaan. Tempoh pencarian adalah sebelum kedatangan Komet Volley.

Pandora dikatakan berada di suatu tempat di seluruh dunia.

KAITO KID DI MALAYSIA

Cuba bayangkan Kaito Kid, dan segala yang terdapat dalam Detektif Conan dan Magic Kaito itu benar-benar wujud. Dan cuba bayangkan, negara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia menjadi saksi kepada kekecohan Kaito Kid.

Barangkali artikel ini akan menjawab sedikit persoalan kita. Adalah diharapkan, tuan-tuan dan puan-puan dapat membaca artikel ini dengan hati yang tenang lagikan terbuka.

TARUHAN PERMATA

Agak-agak, permata apakah yang perlu dipertaruhkan untuk menarik perhatian Kaito Kid? Perlu diingatkan, permata yang ingin dipertaruhkan itu mestilah yang asli lagikan berharga. Hal ini kerana, Kaito Kid dapat mengenalpasti keaslian permata itu.

Permata yang terlintas di fikiran kami adalah Permata Biru. Untuk pengetahuan semua, permata ini merupakan yang termahal di dunia. Harga untuk 1 karat (0.2 g) permata ini adalah sebanyak RM 16 juta. Harga keseluruhan sebutir permata tersebut boleh mencecah RM 200 juta.

TEMPAT JANGKAAN

Pernah terfikir ke tidak? Di manakah tempat yang sesuai di Malaysia untuk menarik perhatian Kaito Kid? Pada pendapat kami selaku penulis artikel ini, tempat tersebut haruslah terkenal di seluruh dunia. Tempat tersebut harus dikenali oleh warganegara Malaysia dan sesiapa di seluruh dunia.

Pada pendapat kami, tempat tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah di sekitar kawasan Menara Berkembar Petronas. Menara tersebut menjadi mercu tanda kepada sebuah negara di Asia Tenggara yang berbilang budaya tersebut.

KESELAMATAN PERMATA

Permata yang ingin dipertaruhkan itu bagi kami, boleh diletakkan di bahagian tengah Tasik Simfoni di hadapan Suria KLCC. Pancuran air yang memancut tinggi lagikan berirama akan membawa cabaran kepada Kaito Kid dalam menc.ur.i permata tersebut.

Selain itu, pihak berkuasa boleh mengawal keselamatan permata tersebut dari pelbagai cara. Sebahagian mereka boleh mengawalnya di atas Tasik Simfoni. Sebahagian lagi boleh mengawal dari premis berdekatan, dan sebahagian lagi mungkin boleh menyamar sebagai orang awam.

KESAN EKONOMI

Sebelum kedatangan Kaito Kid, pasti ramai orang akan mendatangi ke tempat tersebut. Perkhidmatan bas pelancong, kereta sapu, teksi, dan sebagainya pada waktu itu diibaratkan sebagai pisang goreng panas.
Banyak hotel terutamanya yang menghadap Tasik Simfoni akan habis ditempah. Harga yang jauh lebih tinggi sanggup ditawarkan untuk memiliki bilik itu. Malah, ramai orang kenamaan akan menginap di hotel itu.

Peniaga dan pengusaha akan mengambil kesempatan pada menjelang hari tersebut. Barangan seperti Rantai Kekunci, kek, kuih, kopi dan sebagainya yang bermotifkan wajah Kaito Kid juga menjadi pisang goreng panas.
Pihak media juga boleh mencari duit dengan kedatangan Kaito Kid. Misalnya, siaran berbayar dengan harga yang tinggi. Anak muda sendu media sosial boleh terkenal jika membuat siaran langsung.

CABARAN KEPADA KAITO KID

Beliau akan menghadapi bermacam cabaran di kawasan tersebut. Cabaran tersebut datang dari segala arah.
Cabaran daripada segi iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun. Hari artikel ini ditulis, suhu Kuala Lumpur adalah 33°C. Berbeza dengan Tokyo yang bersuhu 19°C. Pakaian rasminya perlu diubahsuai.
Kaito Kid perlu berhadapan dengan pihak berkuasa Malaysia. Mereka mengikut arahan ketua untuk tanah air yang tercinta. Penggunaan alat pelindung khas tertentu perlu ada untuk keselamatan dirinya.

Kaito Kid juga perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Akan ada ramai penjahat akan memburunya. Yang lebih menakutkan, akan ada di antara mereka yang diupah oleh ahli politik.

KAITO KID DIKEPUNG

Permata Biru berjaya jatuh kentangan Kaito Kid. Kejayaan beliau menyebabkan tinggginya semangat pihak berkuasa. Ramai pihak berkuasa akan mengepung dan cuba untuk menangkap Kaito Kid.

Orang awam yang berada di sekitar sanggup menawarkan diri kepada Kaito Kid. Orang awam tersebut meminta agar Kaito Kid menyamar menjadi dirinya. Orang awam akan saling berebut untuk minta disamarkan.

Andai Kaito Kid berjaya ditangkap, pihak berkuasa akan dicemuh kerana dilihat mengapa-apakan orang di bawah umur. Sekiranya sebaliknya, mereka juga dicemuh kerana dilihat tidak cekap. Nauzubillahiminzalik.

PERMATA BIRU

Sekiranya Kaito Kid berjaya menc.uri Permata Biru tersebut, beliau akan mengujinya dengan meletakkan di bawah bulan penuh. Sekiranya bukan Permata Pandora, Kaito Kid akan meletakkannya kembali di Tasik Siimfoni. Sekiranya sebaliknya, cerita baharu akan bermula.

Walau apa pun, kekecohan Kaito Kid akan menjadi tajuk utama dalam kebanyakan media di seluruh dunia. Baik bercetak mahupun elektronik. Orang yang berjaya mendapatkan kembali Permata Biru itu juga berpeluang untuk menjadi terkenal.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itulah senario yang mungkin akan berlaku sekiranya Kaito Kid memulakan kekecohannya di Malaysia. Penc.uri muda bermuka jambu yang bijak menjadi daya penarik kepada ramai orang khususnya orang perempuan.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Pada pendapat anda, apakah senario lain yang akan berlaku sekiranya Kaito Kid memulakan kekecohannya di Malaysia? Adakah anda berharap dengan kedatangan Kaito Kid? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

Semoga artikel mengenai Kaito Kid (怪盗キッド) memberikan manfaat kepada semua orang baik secara langsung mahupun sebaliknya.

TAMAT.

RUJUKAN

Siri Detektif Conan dan Magic Kaito yang sedang diikuti oleh penulis artikel ini.

20 Famous Landmarks In Malaysia. Dicapai pada 19hb Mac 2021 dari https://travel2next.com/landmarks-in-malaysia/

Top 15 Most Expensive Gemstones In The World. Dicapai pada 19hb Mac 2021 dari http://www.geologypage.com/…/top-15-most-expensive…

Accuweather: Kuala Lumpur. Dicapai pada 19hb Mac 2021 dari https://www.accuweather.com/…/current-weather/233776


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Accuweather: Tokyo. Dicapai pada 19hb Mac 2021 dari https://www.accuweather.com/…/weather-forecast/226396

ML Studios: Kemunculan Pertama Kaito Kid. Dicapai pada 19 Mac 2021 dari https://youtu.be/oROjR4Z_Vfg

ML Studios: 3 Identiti Di Sebalik Kaito Kid. Dicapai pada 19 Mac 2021 dari https://youtu.be/YJ5MM91bDV0

Detective Conan World: Magic Kaito. Dicapai pada 19 Mac 2021 dari https://www.detectiveconanworld.com/wiki/Magic_Kaito

Detective Conan World: Detective Conan. Dicapai pada 19 Mac 2021 dari https://www.detectiveconanworld.com/wiki/Detective_Conan

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.