Ramai yang tak tahu fakta yang sebenarnya angkasawan pertama dari Asia yang berlepas ke angkasa sebenarnya dari Vietnam.

 

Pham Tuan, seorang juruterbang tentera udara Vietnam Utara dipilih menjadi anak kapal Soyuz-37 dalam program angkasawan Soviet pada 23 Julai 1980.

 

Bekas juruterbang MIG-21 ketika Perang Vietnam ini diangkat sebagai rakyat Asia pertama dan bukan dari Soviet yang mengikuti kapal Soyuz ke angkasa.

 

Sebelum menjadi angkasawan, beliau sudah menjadi wira negara. Beliau ialah juruterbang Vietnam pertama dan satu-satunya yang menembak jatuh pesawat pengebom B52 AS Stratofortress semasa pertempuran udara pada 27 Disember 1972.

 

Pesawat tersebut ditembak jatuh oleh Pham Tuan ketika Operasi Linebacker II pada 27 Disember 1972. Beliau menerima anugerah tertinggi Order of Lenin dari kerajaan Soviet selepas Perang Vietnam berakhir.

 

Namun, tugas sebagai angkasawan sangat berbeza daripada tugas seorang juruterbang pejuang.

 

Pada 23 Julai 1980, Pham Tuan menjadi rakyat Vietnam pertama dan orang Asia pertama yang mengembara ke angkasa lepas.

 

Bersama beliau dalam misi yang dilancarkan dari Pusat Angkasa Baikonur adalah mentornya dari Rusia, angkasawan Viktor Vassilyevich Gorbatko.

 

Ia mengambil masa sembilan minit untuk kapal angkasa itu memasuki orbit dan satu hari untuk kedua-dua angkasawan berlabuh di Salyut 6, sebuah stesen angkasa lepas Soviet.

 

Darah mengalir deras ke kepalanya, menyebabkan mukanya membengkak apabila graviti hampir sifar. Tiga hari kemudian, bengkak itu mula surut, dan bersama dengannya, kulit juga mula mengelupas.

 

Itulah sedikit gambaran tentang bagaimana rasanya pergi ke angkasa lepas dalam penerbangan Soyuz 37.

 

Tetapi kemudian, apabila kapal angkasa cuba menolak dari orbit 300km ke ketinggian 400km di atas permukaan Bumi, ia mengalami masalah.

 

Nasib baik, apabila kapal angkasa itu berada dekat dengan Moscow, mereka menerima arahan dari pusat kawalan di Bumi tentang cara menyelesaikan masalah teknikal itu. Tidak lama kemudian, kapal angkasa kembali normal.

 

Bagi beliau, pengalaman di angkasa agak sukar. Makanan yang ada hanyalah terdiri daripada makanan kering seperti ubat gigi yang keluar dari tiub dan dua liter air sehari.

 

Tekanan udara juga mengganggu tidurnya selama beberapa hari ketika tubuhnya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di angkasa.

 

Perjalanan beliau berlangsung selama tujuh hari, 20 jam dan 42 minit. Beliau mengorbit Bumi sebanyak 142 kali dan menyelesaikan banyak eksperimen angkasa.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

ANGKASA RAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!

 

Dapatkan dengan DISKAUN RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/7fERKWa1n2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply