Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.
Bahasa Melayu Brunei dituturkan oleh 270 000 orang di Brunei dan Malaysia. Bahasa ini juga menjadi bahasa perantara di Malaysia khusunya Labuan, Limbang, Lawas, Sipitang, dan Papar. Bahasa ini dikenali sebagai”Kurapak Brunei”.
Bahasa Kedayan dituturkan di Brunei dan Malaysia. Terdapat 30 000, 46 500, dan 37 000 orang masing-masing yang bertutur dalam bahasa ini di Brunei, Sabah, dan Sarawak. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Tutuan Kadayan”.
Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Melayu Brunei dengan Bahasa Kedayan? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.
Tumpuan penulis untuk Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan adalah yang dituturkan di sekitar Tutong. Untuk pengetahuan semua, Tutong adalah sebuah daerah yang terletak di Negara Brunei Darussalam.
NAMA BAHASA
Perhatikan nama asal dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Melayu Brunei dikenali sebagai “Kurapak Brunei” manakala Bahasa Kedayan sebagai “Tutuan Kadayan”.
Penulis tidak kenal dengan perkataan “kurapak” dalam bahasa ibunda kami. Perkataan “kurapak” membawa maksud “cakap”. Perkataan “Tutuan” dipercayai sepadan dengan perkataan “tuturan” dalam bahasa ibunda kami.
Nama “Brunei” dipercayai berasal daripada perkataan “baru nah” yang bermaksud “itu sahaja” ataupun “di sana”. Asal-usul nama tersebut ditemui pada catatan tradisi lisan yang diperoleh dari Syair Awang Semaun.
Nama “Kedayan” dipercayai membawa maksud “pengikut” dalam bahasa tersebut. Nenek moyang mereka pada suatu masa dahulu adalah merupakan pengikut kepada kerabat raja.
BUNYI “R”
Untuk pengetahuan semua, Bahasa Melayu Brunei mempunyai bunyi “R”. Bunyi “R” dalam Bahasa Melayu Brunei adalah dinamakan sebagai “Getaran Gusi [r]”.
Untuk pengetahuan semua, Bahasa Kedayan tidak mempunyai bunyi “R”. Bunyi vokal dalam Kedayan adalah sepadan dengan bunyi “R” Melayu Brunei.
Pertimbangkan perkataan yang bermaksud “benar” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Perkataan itu masing-masing diterjemahkan menjadi “banar” dan “banaa” dalam Melayu Brunei dan Kedayan.
Begitu juga dengan perkataan “arnab”. Bahasa Melayu Brunei menyebut perkataan tersebut sebagai “arnab”, manakala “anab” dalam Bahasa Kedayan.
ANALISIS AYAT SATU
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Mereka menamam padi di sawah”.
Bahasa Melayu Brunei:
Durang nanam padi arah sawah.
Bahasa Kedayan:
Bisia nanam padi di sawah.
Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan masing-masing menggunakan “durang” dan “bisia” untuk Kata Ganti
Nama Diri Ketiga Jamak.
Perkataan “durang” dipercayai berasal daripada perkataan “dia urang”. Perkataan “durang” adalah seoadan dengan perkataan “dia orang” dalam Bahasa Melayu Johor.
Perkataan “bis” menunjukkan kehormatan. Perkataan “sia” pula masing-masing sepadan dengan perkataan “sidak” dan “sila” dalam Bahasa Melayu Sarawak, dan Bahasa Tagalog.
Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan masing-masing menggunakan “arah”, dan “di” untuk kata sendi. Perkataan “arah” dipercayai bermaksud “hala yang dituju” ataupun “jurusan”.
Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan menggunakan “nanam” untuk kata kerja. Perkataan “nanam” dipercayai berasal daripada perkataan “mananam”. Kata dasar bagi perkataan tersebut adalah “tanam”.
Oh ya, kedua-dua bahasa ini menggunakan sistem SVO. Ayat mudah dalam bahasa tersebut dimulakan dengan Subjek lalu diikuti oleh kata kerja dan Objek.
ANALISIS AYAT DUA
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Arnab ini dicuci oleh isteri saya di ladang gandum”.
Bahasa Melayu Brunei:
Arnab ani kana cuci ulih bini ku di ladang gandum.
Bahasa Kedayan:
Anab ani kna cuci ulih bini ku di ladang gandum.
Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan masing-masing menggunakan “arnab” dan “anab” untuk nama sejenis haiwan. Perkataan tersebut berasal daripada Arab, “arnab (ارنب)”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan masing-masing menggunakan “kana” dan “kna” untuk menunjukkan kata kerja pasif. Perkataan tersebut sepadan dengan “kena” dalam Melayu Baku.
Kedua-dua bahasa tersebut tidak mempunyai huruf dan bunyi “o”. Mereka menggantikan perkataan “oleh” kepada “ulih”. Bunyi “i” tersebut seperti “ikan” dalam Melayu Baku.
Kedua-dua bahasa berkenaan memilih perkataan “bini” untuk merujuk kepada pasangan lelaki yang telah berkahwin. Banyak bahasa Austronesia menggunakan “bini” untuk maksud yang sama.
Kedua-dua bahasa berkenaan memilih perkataan “ku” untuk merujuk kepada Kata Ganti Nama Diri Pertama Tunggal Objek. Banyak bahasa Austronesia menggunakan “ku” untuk maksud yang sama.
KOSA KATA UNIK
Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Brunei ialah “bangkawat”, “damit”, dan “sambat”. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud “pelangi”, “kecil”, dan “pagi”.
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Kedayan ialah “kalatmata”, “coeik”, dan “karasik”. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud “mengantuk”, “mangkuk”, dan “pasir”.
Bagi penulis, perkataan “kalatmata” dalam Bahasa Kedayan seolah-olah seperti perkataan “kelat mata” dalam Melayu Baku. Perkataan “kelat” dalam Melayu Baku adalah sinonim dengan “sepet”.
KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA
Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.
Bolehkah penutur Melayu Brunei dan Kedayan dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.
Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Melayu Brunei, dan Bahasa Kedayan. Perlu diingatkan, mereka adalah adik-beradik dengan Johor-Riau yang beribu-bapakan Proto-Malayik.
Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.
Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.
RUJUKAN:
Temubual penulis dengan penutur Bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Kedayan.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 30hb Oktober 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan
Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 30hb Oktober 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa
Ethnologue: Brunei Malay. Dicapai pada 30hb Oktober 2021 dari https://www.ethnologue.com/archive-redirect
Clynes Brunei Malay. Dicapai pada 30hb Oktober dari http://fass.ubd.edu.bn/staff/docs/AC/Clynes-Brunei-Malay.pdf
Asal-usul nama Brunei. Dicapai pada 30hb Oktober 2021 dari http://sejarah-brunei.blogspot.com/…/asal-usul-nama…
Sejarah asal-usul etnik Kedayan. Dicapai pada 30hb Oktober 2021 dari https://m.facebook.com/…/a.44942468843…/555866241126931/