“Ai Vist Lo Lop” adalah antara lagu rakyat yang terdapat di benua Eropah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “lagu rakyat” ditakrifkan sebagai “irama suara dan senikatanya yang telah dinyanyikan secara turun-temurun”.

Lagu tersebut adalah dalam Occitan iaitu sebuah bahasa yang dituturkan sehingga 6 juta orang di sekitar Perancis, Monako, Sepanyol dan Itali. Untuk pengetahuan, kawasan tersebut secara sejarahnya adalah bernama Occitania.

Untuk artikel kali ini, kami hendak menyampaikan tentang senikata lagu yang berusia ratusan tahun. Ada dakwaan mengatakan lagu tersebut mengisahkan tentang sindiran rakyat terhadap golongan atasan pada masa itu.

Persoalannya, siapakah golongan atasan yang dimaksudkan? Artikel ini akan menjawab sedikit persoalan kita. Bacalah dengan tenang.

SENIKATA “AI VIST LO LOP”

Bahasa Occitan:
Ai vist lo lop, lo rainard, la lèbre,
Ai vist lo lop, lo rainard dançar,
Totei tres fasián lo torn de l’aubre,
Ai vist lo lop, lo rainard, la lèbre,
Totei tres fasián lo torn de l’aubre,
Fasián lo torn dau boisson folhat,
Aquí trimam tota l’annada,
Per se ganhar quauquei sòus,
Rèn que dins una mesada,
Ai vist lo lop, lo rainal, la lèbre,
Nos i fotèm tot pel cuol,
Ai vist lo lèbre, lo rainal, lo lop.
Terjemahan Bahasa Melayu?
Ku terlihat serigala, musang dan arnab,
Ku terlihat serigala dan musang menari,
Kesemua tiga keliling pokok,
Ku terlihat serigala, musang dan arnab,
Kesemua tiga keliling pokok,
Keliling belukar yang bercambah,
Sini setahun diisi dengan kerja,
Untuk mencari beberapa sen,
Sebulan ku tak melihat apapun,
Bila ku terlihat serigala, musang dan arnab,
Tiada apa pun yang tinggal,
Ku terlihat arnab, musang dan serigala.

MEMBEDAH RANGKAP PERTAMA

Terdapat tiga watak dalam senikata tersebut. Watak tersebut adalah “ku”, “serigala”, “musang” dan “arnab”. Perkataan “ku” yang bermaksud “aku” itu mewakili rakyat manakala selebihnya adalah golongan atasan di Occitania.

Siapakah golongan atasan yang merujuk kepada “serigala”, “musang” dan “arnab”? Untuk pengetahuan, “serigala” merujuk kepada “Raja” manakala “musang” dan “arnab” masing-masing merujuk kepada “Agamawan” dan “Tuan Tanah”.

Senikata “Kesemua tiga keliling pokok” membawa maksud Raja, Agamawan dan Tuan Tanah bersama-sama dalam mengerumuni harta pencarian rakyat. Mereka ingin mengambil harta tersebut.

MEMBEDAH RANGKAP KEDUA

Rangkap ini mengisahkan tentang kehidupan pada masa dahulu. Rakyat pada itu membanting tulang dengan bekerja sepanjang masa. Pekerjaan yang dilakukan hanyalah mencukupi untuk makan seharian.

Rakyat pada masa tersebut bekerja dengan aman dan damai selama hampir tiga puluh hari. Setelah hari terakhir pada setiap bulan, sang Raja, Agamawan dan Tuan Tanah datang menemui mereka.

Senikata “Tiada apa pun yang tinggal” membawa maksud harta pencarian telah habis diberikan kepada Raja, Agamawan dan Tuan Tanah. Pemberian tersebut diberinama sebagai “cukai”.

Senikata “Ku terlihat arnab, musang dan serigala” membawa maksud cukai telah diberikan kepada Tuan Tanah (Arnab). Tuan Tanah membahagikan sedikit cukai kepada Agamawan (Musang). Akhirnya, lebihannya diberikan kepada Raja (Serigala).

KENAPA ARNAB, MUSANG DAN SERIGALA?

Arnab membawa maksud “Tuan Tanah”. Dalam dunia haiwan, arnab tinggal di semua tempat. Arnab menjadi mangsa kepada musang dan serigala. Walaupun begitu, arnab juga boleh menyerang haiwan lain.

Musang membawa maksud “Agamawan”. Untuk kes di Occitania, agamawan yang dimaksudkan adalah gereja. Dalam dunia haiwan, musang juga adalah haiwan pemangsa seperti serigala. Yang membezakan adalah, serigala bermuka ganas manakala musang bermuka baik.

Serigala membawa maksud “Raja”. Dalam dunia haiwan, serigala hidup secara berkumpulan. Sekumpulan serigala akan membentuk kerajaan, di mana serigala yang terkuat akan menjadi rajanya. Serigala lain pula dilantik sebagai bangsawan.

PADA MASA KINI

Lagu tersebut dipercayai wujud pada abad ke-12 di Occitania. Pada masa kini, banyak penyanyi yang mengambil lagu tersebut lalu dipersembahkan mengikut kreativiti masing-masing.

Sebagai contoh, In Extremo. In Extremo adalah kumpulan pemuzik yang berasal dari Berlin, Jerman. Mereka menggabungkan lagu tradisi zaman pertengahan dengan muzik rock. Muzik tersebut memakai peralatan tradisi seperti harp, beg paip dan sebagainya.

Selain itu, Flos Florum. Flos Florum adalah kumpulan pemuzik yang berasal dari Rusia. Mereka menggabungkan lagu tradisi zaman pertengahan dengan muzik rock. Muzik tersebut juga memakai peralatan muzik tradisional.

Untuk lagu “Ai Vist Lo Lopt” versi In Extremo, boleh ditonton di:

Untuk versi Flos Florum, boleh ditonton di:

Untuk versi Flos Florum versi terbaharu, boleh ditonton di:

Sejujurnya, penulis lebih suka versi di bawah. Sila dengar pada minit 1:25.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah isi kandungan dalam lagu “Ai Vist Lo Lop”. Lagu rakyat memberi gambaran kepada keadaan sekeliling pada masa tersebut. Untuk kes ini, lagu yang bermaksud “Ku Terlihat Serigala” secara ringkasnya mengisahkan kezaliman orang atasan terhadap rakyatnya.

Pada pendapat anda, apakah isikandungan lain bagi lagu tersebut? Apakah di tempat anda mempunyai lagu seperti “Ai Vist Lo Lop”? Harap berikan maklumbalas anda kepada kami di dalam ruangan komen di bawah.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.