Kalau anda minat sains angkasa, mesti anda pernah tonton filem “Interstellar” (2014) dan anda mesti ingat tentang Planet Miller.
Planet Miller ni ialah planet yang menyerupai Bumi tapi masa di sana bergerak dengan sangat perlahan kerana dekat dengan lohong hitam.
Tapi, bolehkah planet seperti ini benar-benar wujud? Mari kita kaji sains di sebalik Planet Miller dan sama ada ia boleh jadi kenyataan.
Mengikut teori, masa akan bergerak perlahan apabila objek mendekati medan graviti besar seperti lohong hitam. Semakin dekat objek ke lohong hitam, masa akan bergerak semakin lambat bagi objek itu berbanding objek di luar medan graviti.
Jadi, masa di Planet Miller akan nampak lagi perlahan daripada orang di Bumi.
Walaupun sains di sebalik ini sudah terbukti, persoalannya ialah bolehkah planet wujud begitu dekat dengan lubang hitam?
Dalam kes Planet Miller, lohong hitam tersebut dikatakan mempunyai jisim 100 juta kali ganda matahari, tetapi planet ini terletak hanya beberapa ratus kilometer dari lohong hitam yang terlalu dekat untuk stabil.
Walaupun tidak mustahil, sukar untuk menemukan planet yang mempunyai keadaan sesuai untuk menyokong kehidupan.
Planet Miller mungkin mempunyai banyak kekurangan seperti batuan keras yang menyukarkan kehidupan untuk hidup. Tambahan pula, wap air tinggi dalam atmosfera menyukarkan kehidupan untuk bernafas.
Planet Miller mungkin tak menggambarkan dunia yang boleh dihuni secara tepat, tetapi penting untuk diingat bahawa filem ini adalah fiksyen.
Planet tersebut direka untuk menjadi latar dramatik dan menarik dalam filem, bukan gambaran saintifik yang tepat. Seperti banyak filem sains fiksyen, “Interstellar” menggunakan kebebasan kreatif untuk menjadikan cerita lebih menarik.
Kesimpulannya, walaupun Planet Miller mungkin tidak menggambarkan dunia sebenar, ia meneroka konsep saintifik menarik yang mampu menginspirasi dan merangsang penyelidikan dan inovasi saintifik di luar angkasa.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASA RAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Dapatkan dengan DISKAUN RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/7fERKWa1n2




No comments yet