Rangka seorang lelaki dan wanita yang meninggal dunia 4000 tahun dahulu ditemui dalam keadaan saling berhadapan di sebuah kubur di Kazakhstan.
Ahli-ahli arkeologi menemukan rangka ini di sebuah tapak perkuburan purba yang turut menempatkan sejumlah rangka manusia dan kuda.
Lelaki dan wanita ini dikebumikan bersama pelbagai barang pengebumian, termasuklah barang kemas (antaranya adalah emas), pisau, seramik dan manik. Rangka-rangka kuda turut ditemukan berhampiran dengan tapak pengebumian berkenaan.
Walaupun terdapat beberapa laporan media yang mendakwa bahawa pasukan arkeologis tersebut turut menemukan seorang paderi wanita di kawasan berhampiran, hakikatnya mereka sama sekali tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut semasa membuat kenyataan media. Tambahan lagi, walaupun jurucakap pasukan arkeologi menyifatkan pasangan ini sebagai ‘muda’, beliau tidak memberikan sebarang anggaran usia.
Para penyelidik masih belum dapat memastikan apakah punca yang membunuh lelaki dan wanita itu, atau apakah hubungan di antara mereka berdua – apakah terdapat unsur-unsur romantis dalam hal ini?
Barang-barang pengebumian mewah yang ditemukan menggambarkan bahawa mereka berdua mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Tinggalan-tinggalan arkeologi yang ditemui di tapak-tapak lain di Kazakhstan mengisyaratkan bahawa pasangan tersebut hidup di zaman berlakunya peperangan dan konflik dengan kerap di rantau berkenaan.
Kerja-kerja ekskavasi dan analisis terhadap rangka masih lagi dijalankan. Pasukan arkeologis ini diketuai oleh Igor Kukushkin, seorang profesor arkeologi di Institusi Arkeologi Saryarka di Universiti Negeri Karaganda, Kazakshtan. Live Science tidak berkesempatan untuk menghubungi Dr. Kukushkin sebelum menyiarkan liputan ini.
Pada hakikatnya terdapat banyak tinggalan arkeologi yang ditemukan di bumi Kazakshtan. Pada tahun 2016, pasukan arkeologi yang diketuai oleh Dr. Kukushkin berjaya menemukan runtuhan sebuah makam berbentuk piramid yang berusia 3000 tahun.
Pada tahun 2014 pula, sekumpulan arkeologis lain berhasil mengenal pasti 50 buah geoglif dengan pelbagai bentuk dan saiz, antaranya termasuklah sebuah swastika besar yang dianggarkan berusia 2800 tahun.
RUJUKAN:
Owen Jarus. (1 Ogos 2019). This Young Man and Woman Were Buried Face-to-Face 4000 Years Ago in Kazakhstan. Live Science.
https://www.livescience.com/66077-ancient-couple-burial-kazakhstan.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih